Selasa, 28 Julai 2009

Gold Coins


Gold Coins berbentuk bulat dan menarik perhatian para pengumpul-pengumpul emas. Kebiasaannya Gold Coins diperbuat daripada emas tulin, juga dikenali dengan emas 24K atau emas 999.9. Berat standard bagi Gold Coins ialah 1 Ounce, bersamaan dengan 31.1 gram.

Mari kita lihat satu persatu Gold Coins yang berada dipasaran sekarang.

Canadian Maple Leaf: Gold Coins dengan purity 999.9 atau emas 24K. Maple Leaf Gold Coins adalah keluaran Canada. Terdapat dalam saiz 1oz, 1/2oz dan 1/4oz.

Australian Nugget: Gold Coins dengan purity 999.9 atau emas 24K. Australian Nugget adalah Gold Coins keluaran Australia. Terdapat dalam saiz 1oz, 1/2oz dan 1/4oz.

Singapore Lion: Gold Coins dengan purity 999.9 atau emas 24K. Singapore Lion Gold Coin adalah keluaran Singapore. Terdapat dalam saiz 1oz, 1/2oz dan 1/4oz.

Ketiga-tiga Gold Coins diatas boleh didapati dari UOB - United Overseas Bank. Harga jualan dan belian balik boleh dilihat dari website UOB. Sejauh ini ketiga-tiga Gold Coin diatas menggunakan harga jualan / belian balik yang sama, walaupun pengeluarnya berlainan.

Dibawah ini adalah harga jualan / belian balik pada 28/07/2009:

Emas UOB

Buying

Selling

Spread

%

One Ounce

3498

3413

85

2.43

Half Ounce

1796

1722

74

4.12

Quarter Ounce

920

870

50

5.43

28 Julai 2009



Kijang Emas: Gold Coins keluaran tempatan dengan purity 999.9 atau emas 24K. Kijang Emas Gold Coins adalah keluaran Bank Negara Malaysia. Terdapat dalam saiz 1oz, 1/2oz dan 1/4oz. Kijang Emas dipasarkan melalui Maybank terpilih.


Mari kita lihat harga jualan dan belian balik Kijang Emas Gold Coins pada 28/07/2009


Kijang Emas

Buying

Selling

Spread

%

One Ounce

3548

3434

114

3.21

Half Ounce

1807

1717

100

5.53

Quarter Ounce

920

859

61

6.63

28 Julai 2009


Jika diperhatikan, entah dimana silapnya, harga jualan Kijang Emas (keluaran tempatan) lebih tinggi dari keluaran luar negara. Spread Kijang Emas juga lebih tinggi berbanding dengan Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion.

Bagi mereka-mereka yang mementingkan keuntungan, sudah tentu memilih Gold Coin dengan harga dan spread yang rendah. Walau bagaimana pun kesemuanya merupakan hot item.

Kelemahan Gold Coins Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion

Pembalut ketiga-tiga Gold Coins diatas dari plastik yang di seal, untuk tujuan memajak dengan Ar-Rahnu pembalut tersebut mesti dipotong untuk membolehkan pihak Ar-Rahnu memastikan purity dan beratnya. Masalahnya pihak .OUB tidak akan membeli balik Gold Coins yang pembalutnya telah dibuka. Untuk itu pastikan pembalut / pembungkus tidak dibuka dan resit pembelian disimpan ditempat selamat.

Kelemahan Gold Coins Kijang Emas

Ada diantara Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima pajakan Gold Coins yang mempunyai lambang manusia dan binatang, tetapi tidak pula dengan Ar-Rahnu Agro Bank. Untuk memastikan purity dan berat, pihak Ar-Rahnu menggunakan penyepit besi dan berkemungkinan Gold Coins tersebut tercalar. Jika tercalar Maybank tidak akan membeli balik. Untuk mengelakkan perkara ini tidak berlaku, elakkan menggadai Kijang Emas.

Isnin, 27 Julai 2009

My collection coin & bullion

Lihat koleksi emas si Mamat Saleh nie.......



Apakah anda teruja.... atau teruji....

Selasa, 7 Julai 2009

Royal Canadian Mint

Bagaimana Canadian Maple Leaf dibuat.....

Sila tonton.....



Sila beri komen anda.... huhu...