Isnin, 18 Oktober 2010

Piawaian Gold Dinar

Background

“The Revelation undertook to mention them and attached many judgments to them, for example zakat, marriage and hudud, etc. Therefore, within the Revelation, they have to have a reality and specific measure for assessment (of zakat, etc) upon which its judgments may be based rather than the non-Shari’i (other) coins. Know that there is a consensus (ijma) since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers (Tabi’in) that the Dirham of the Shari’ah is that of which then weigh seven mithqals (weight of the Dinar) of gold.”

Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah

Berdasarkan piawaian diatas, World Islamic Mint telah menetapkan piawaian Gold Dinar dan Silver Dirham seperti dibawah:

Piawaian Gold Dinar

Piawaian Silver Dirham

Gambar diatas ialah gambar Dinar Kelantan dan Dirham Kelantan. Dinar Kelantan keluaran awal dibuat oleh Mariwangsa Kraftangan.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Bank Rakyat perkenal tiga perkhidmatan baru

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) merancang memperkenalkan tiga lagi perkhidmatan terbarunya iaitu akaun semasa, pertukaran mata wang dan akaun emas awal tahun depan. Penolong Pengurus Besar Operasi Cawangannya, Baharom Embi berkata, perkhidmatan itu dijangka disediakan di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

Beliau berkata, Bank Rakyat juga sudah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sedang membina infrastruktur dan tenaga kerja untuk perkhidmatan baru itu.

“Sebagai bank koperasi di negara ini, kami berpendapat perkhidmatan baru itu kelak berupaya membantu orang ramai yang memerlukan perkhidmatan akaun semasa atau pertukaran mata wang, malah semua perkhidmatan itu berlandaskan perbankan Islam,” katanya pada majlis pelancaran premis baru Bank Rakyat cawangan Kepong di ibu negara, semalam.

Hadir sama Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kepong, Mohd Khuzaini Ab Ghani dan Ketua Wilayah Tengah, Mohamad Nasip Saiat.

Baharom berkata, dengan ada perkhidmatan pertukaran mata wang, bank itu akan memperoleh dua pendapatan untuk perkhidmatan penghantaran wang ke luar negara iaitu hasil keuntungan pertukaran nilai mata wang serta komisen daripada pengendali perkhidmatan penghantaran wang ke luar negara, Western Union Co, berbanding hanya komisen yang diterima sekarang.

Menurutnya, kadar keuntungan rendah iaitu satu peratus ditawarkan akaun semasa akan membolehkan bank memperoleh julat keuntungan lebih tinggi.

Sumber: Harian Metro - 5/10/2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

Dinar Emas Minggu Berakhir Oktober

Carta Kitco minggu ini (1 Oktober 2010) ditutup tinggi pada USD1318.60. Sehubungan dengan kenaikan harga emas dipasaran antarabangsa, harga Dinar Emas juga turut meningkat.

DINAR KELANTAN (KGT)
1/2 Dinar :: RM 307 / 271.44
1 Dinar :: RM 614 / 541.61
2 Dinar :: RM 1 228 / 1083.23
5 Dinar :: RM 3070 / 2708.07
8 Dinar :: RM 4 912 / 4332.91

PUBLIC DINAR
DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 616.00RM 579.00
5 dinarRM 3068.00RM 2899.00
10 dinarRM 6109.00RM 5804.00
Last updated 03/10/10 12:15 AM

DINAR MUSLIM (Nubex)
1DM || no stock || 541.61
2DM || no stock || 1083.23
8DM || 4642.40 || 4332.91

Tukarkan simpanan dari Ringgit kepada Dinar Emas.