Selasa, 21 Februari 2012

Dinar Insta


Dinar Insta
keluaran InstaForex Russia.


Spesikasi Standard:
- berat 4.25gm
- purity 917.22K gold
- diameter 21mm

Harga Jualan/Belian Balik:
Jualan mengikut harga Dinar Kelantan
Belian Balik kurang RM50 dari harga jualan semasa

Maklumat lanjut:
Sila ke forum CARIGOLD

Paradise Fine Gold


Paradise Fine Gold Sdn Bhd adalah syarikat bumiputra sepenuhnya ditubuhkan pada 2012 dibawah akta syarikat 1965.

Produk utama Pradise Fine Gold:

Kelantan Dinar (999% Gold)
Kelantan Gold Bar (917% Gold)
i-Jewell (999% & 917% Gold)

Harga Jual/Beli dan Web Syarikat:
Paradise Fine Gold

Rangkaian Pengedar:
Paradise Fine Gold

Sabtu, 9 April 2011

Dinar Negeri Perak

IPOH, 28 Feb – Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.

Beliau berkata dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.

“Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini hari ini.

Dr Zambry berkata pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).

Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.

Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wan yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa Maher Zain. – Bernama

Jumaat, 8 April 2011

Dinar Mekah

Dinar Mekah
satu lagi Dinar Emas keluaran bumiputra

Pengeluar:
SRI AYU FINE GOLD SDN BHD
Kedai Emas Sri Ayu,
No.25 Jalan Dato Nik Mustafa,
17500 Tanah Merah, Kelantan

Purity:
917% (22K Gold)

Saiz:
1 Dinar (4.25g)
2 Dinar (8.50g)
4 Dinar (17g)
8 Dinar (34g)
20 Dinar (85g)

Sijil Ketulinan:
Setiap Dinar disertakan dengan sijil ketulinan


Harga Semasa:
Sila lawati web http://Pelaburan-Emas.com

Khamis, 3 Mac 2011

Dinar Taqwa


Satu lagi Gold Dinar dengan purity 22K gold, untuk koleksi
DINAR TAQWA


Spesifikasi seperti yang tertera....
*Weight : 4.25gram
*Purity : 22K Gold
*Dimension : 23mm


Sila dapatkan disini:
http://redangemas.blogspot.com/

Sabtu, 26 Februari 2011

Harga Emas Menuju Catatan Tertinggi Sebelumnya

Carta emas kitco mendaki semula menuju kepada rekod tertinggi tertinggi sebelumnya USD1421.60. Rekod tertinggi dibuat pada 31 Disember 2010 yang lepas.

Carta kitco terkini iaitu pada 25 Februari 2011 berada pada paras USD1409.60. Apakah ia akan berjaya untuk menuju kepada catatan tertinggi sebelumnya...... sama-sama kita tunggu.....

Sehubungan dengan itu, nilai Dinar Kelantan juga turut meningkat. Nilai Dinar Kelantan pada 25 Februari 2011 adalah seperti dibawah:

Kelantan Gold Dinar
DINAR SELLING BUYING
8 Dinar RM5,320 RM4,788
5 Dinar RM3,325 RM2,993
2 Dinar RM1,330 RM1,197
1 Dinar RM665 RM599
1/2 Dinar RM333 RM299
1/4 Dinar RM166 RM150

Nilai dinar sedang meningkat dari masa kesemasa. Ramai yang sudah menyimpan dinar. Anda bila lagi.......

Sumber: Carta Kitco, Kelantan Gold Dinar

Sabtu, 19 Februari 2011

Emas Mendaki Semula

Carta emas turun menjelang Tahun Baru Cina yang lepas. Rekod terendah dibuat pada 28/1/2011 dengan harga USD1319/oz. Penurunan sebanyak USD101.00/oz berbanding dengan rekod tertinggi sebelum ini. USD1420.00/oz merupakan rekod tertinggi yang dibuat pada 7/12/2010.

Carta emas mendaki semula dan mencatatkan harga penutup USD1389.10/oz pada 18/2/2011.

Masa yang terbaik untuk membeli ialah pada 28/1/2011 yang lepas. Walau bagaimana pun pada harga sekarang masih boleh membeli kerana harga masih rendah berbanding harga tertinggi sebelumnya.

Simpan emas untuk masa hadapan.

sumber: kitco