Ahad, 29 November 2009

Gadai Emas Di Ar-Rahn PKB

Memajak atau menggadai emas boleh dilalukan dibeberapa Ar-Rahnu dan Ar-Rahn seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro Bank, Ar-Rahn Kotani (Koperasi Pertanian) dan beberapa Koperasi yang lain. Apa yang saya ingin berkongsi sekarang ialah memajak emas dengan Ar-Rahn PKB (Permodalan Kelantan Berhad).

Terdapat banyak Ar-Rahn PKB diseluruh semenanjung yang boleh dilihat dari web berkenaan. Ada tiga buah Ar-Rahnu PKB yang terdapat di Wilayah Persekutuan dan Selangor iaitu:
- Ar-Rahn Jln Raja Laut, Kuala Lumpur
- Ar-Rahn Kajang dan
- Ar-Rahn Rawang

Ar-Rahnu PKB memberi pinjaman sebanyak 60% keatas nilai marhun (nilai pajakan) dengan mengenakan upah simpan seperti dibawah:

RM1.00 - RM400.00 = RM0.60 setiap RM100.00 nilai marhun
RM401.00 - RM2000.00 = RM0.85 setiap RM100.00 nilai marhun
RM2001.00 - keatas = RM0.95 setiap RM100.00 nilai marhun

Nilai marhun berdasarkan harga emas bagi kedai-kedai emas FGJAM. Harga emas FGJAM sekarang ialah:

Emas 999 - RM150.00/g
Emas 916 - RM142.00/g
Last updated on 25 Nov 2009.

Tempuh gadaian selama 6 bulan dan boleh dilanjutkan selama 6 bulan lagi, dengan syarat upah simpan yang terdahulu dilangsaikan.

Ada dua sebab mengapa anda boleh memajak emas:
- hendak menggunakan wang sementara
- hasil pajakan dijadikan modal untuk membeli emas tambahan

Katakan sekarang anda ingin memajak Public Gold bar 50g:
- nilai Public Gold bar 50g - RM7070.00 (Last updated 29/11/09 8:20 PM)
- nilai marhun RM150.00 x 50g = RM7500.00
- upah simpan sebulan RM0.95 x RM7500.00 = RM71.25
- upah simpan 6 bulan RM71.25 x 6 = RM427.50
- pinjaman 60% x RM7500.00 = RM4500.00

Anda mendapat pinjaman sebanyak RM4500.00 yang boleh digunakan, atau menggunakannya untuk menambah emas yang sedia ada. Terpulanglah kepada ada samada membeli dinar emas, gold coin atau gold bar untuk tambah koleksi/aset. Sebagai contoh anda boleh mendapatkan Maple Leaf gold coin 1oz RM4202 atau 2 keping 1/2oz dengan nilai RM2157 x 2 = RM4314.00 atau 4 keping 1/4oz dengan nilai RM1105 x 4 = RM4420.00 (last update 26 Nov 2009)

Emas yang digadaikan boleh ditebus kembali secara lumsum atau secara beransur-ansur dalam tempuh 6 bulan. Jumlah yang sepatutnya anda langsaikan ialah RM4500.00 berserta dengan upah simpan RM427.50, menjadikan jumlah keseluruhannya RM7927.50. Jika pinjaman ini dilangsaikan lebih awal, maka jumlahnya lebih rendah dengan mengambilkira upah simpan sebanyak RM71.25 sebulan.

Sekali imbas anda kerugian oleh kerana terpaksa menanggung lebihan bayaran upah simpan sebanyak RM427.50 selama tempuh 6 bulan. Anda sepatutnya mengambilkira kenaikan nilai emas sepanjang tempuh tersebut. Dengan mengambilkira kenaikan nilai emas sebanyak 24% setahun, bermakna peningkatan nilai emas selama 6 bulan ialah 12%

- Nilai Public Gold bar 50g - RM7070.00
- Nilai 6 bulan akan datang - RM7070.00 x 12% = RM848.40
- Upah simpan selama 6 bulan - RM427.50

Dapat dilihat sini bahawa kenaikan nilai emas sepanjang 6 bulan sebanyak RM848.40, manakala upah simpan dalam tempuh yang sama ialah RM427.50. Anda telah untung sebanyak RM420.90.

Bagaimana jika hasil pajakan tersebut digunakan untuk membeli emas tambahan bagi menambah koleksi/aset:

- Public Gold bar 50g RM7070.00
- Maple Leaf 10z RM4202.00
- jumlah koleksi/aset RM11,272.00
- kenaikan nilai 12% x RM11,272.00 = RM1352.64
- upah simpan selama 6 bulan - RM427.50

Anda telah memperolihi keuntungan sebanyak RM925.14 hasil dari pajakan dan tambahan aset baru selama tempuh 6 bulan. Bagaimana pula jika anda lakukannya setiap 6 bulan.....

Walau bagaimanapun proses pajakan emas ini masih ada risiko kerugian. Ianya bergantung kepada kenaikan harga emas itu sendiri, jika harga emas tidak naik (sideway) atau jatuh, sudah tentu hasilnya adalah sebaliknya.....

Akhir kata, tambah koleksi/aset dengan hasil pajakan dari A-Rahn.....

1 ulasan:

  1. salam,
    dulu sy nak tanya pasal ni laa kat bro, thx sbb dah bg penjelasan yg lengkap...

    BalasPadam