Selasa, 5 Januari 2010

Membeli Dinar Dengan Sistem Kutu

Sistem kutu memang tidak asing lagi kepada masyarakat kita. Sistem pinjaman wang tanpa faedah yang sudah lama ujud. Sistem pinjaman wang tanpa faedah ini amat menarik dan boleh dimanfaatkan untuk membeli dinar. Jika sebelum ini wang kutu disimpan dalam bentuk ringgit, tetapi sekarang cuma menukarkan simpanan tersebut kepada bentuk dinar. Sistem ini sangat sesuai bagi mereka yang hanya dapat menyimpan jumlah yang kecil setiap bulan.

Jika kita lihat, nilai 1 dinar sekarang melebihi RM500.00. Dinar Kelantan RM529.00, Dinar Muslim RM556.92 dan Dinar Public RM570.00 (harga2 ini diambil pada jam 4.45pm). Apa yang perlu dibuat sekarang ialah:

- kutu RM100/bln untuk 6 orang peserta
- kutu RM150/bln untuk 4 orang peserta
- kutu RM200/bln untuk 3 orang peserta

Ini bermakna RM600 sebulan dapat dikumpul dan wang tersebut dapat membeli 1 dinar. Dengan kutu RM100/bln memerlukan 6 bulan untuk melengkapkan satu pusingan, RM150/bln memerlukan 4 bulan dan RM200/bln cuma memerlukan 3 bulan.

Jika diulang proses ini, dengan RM100/bln seorang peserta dapat mengumpul 2 dinar dalam tempuh setahun. Dengan RM150/bln dapat mengumpul 3 dinar dalam setahun dan dengan RM200/bln dapat mengumpul 4 dinar dalam tempuh setahun.

Sistem kutu ini juga boleh digunakan untuk membeli Gold Coin/Bar. Walau bagaimanapun ia memerlukan jumlah wang kutu yang lebih besar setiap bulan.

Selamat membeli dan menyimpan Dinar dengan sistem kutu.

3 ulasan:

  1. Salam,
    sy sgt tertarik dengan sistem nie sbb tk pernah terpikir dengan sistem 'kutu' ni kiter leh aplikasikan unt dptkan dinar..bgs juge ye..sy menyokong konsep ini atas sbg membantu sesame muslim .. :) baek unt mereka yg baru berjinak2 dengan dinar emas :)

    BalasPadam
  2. Saya memang lama dah fikir untuk sistem seperti kutu ni, tapi mungkin ada masalah sikit sebab walaupun emas berat yg sama tetapi harga RM yg sering berubah & amat menyukarkan sekiranya sistem kutu dijalankan.

    BalasPadam
  3. W/salam Andeh, Fadil...
    bagi saya tiada masaalah sbb wang terkumpul RM600, sedangkan pembeliannya kurang dari itu, setiap peserta akan mendapat 1 dinar + cash = RM600

    BalasPadam