Rabu, 21 April 2010

Dinar Emas Pilihan Anda

Ramai penggemar-penggemar Dinar Emas sudah memiliki koleksi Dinar Emas pilihan mereka. Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan Dinar Emas, terdapat tiga pilihan yang terdapat dipasaran tempatan.


DINAR KELANTAN
Saiz 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar dan 2 dinar

Dinar Kelantan adalah Dinar Emas buatan tempatan yang boleh didapati dari cawangan Ar-Rahn diseluruh semenanjung. Ar-Rahn adalah anak syarikat Permodalan Kelantan Berhad.
Cawangan Ar-Rahn boleh dilihat disini > Ar-Rahn
Harga semasa boleh dilihat disini > Dinar Kelantan


DINAR MUSLIM
Saiz 1 dinar, 2 dinar, 8 dinar

Dinar Muslim adalah Dinar Emas keluaran Dubai, yang boleh didapati dari Nusantara Bullion Exchange (Nubex), sebuah syarikat bumiputra tempatan. Pembelian boleh dibuat secara on-line.
Alamat syarikat boleh dilihat disini > Nubex
Harga semasa boleh dilihat disini > Dinar Muslim


DINAR PUBLIC
Saiz 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar

Dinar Public adalah Dinar Emas tempatan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat Pulau Pinang, Pejabat Cawangan atau dealer yang berdekatan.
Alamat syarikat, cawangan dan dealer boleh dilihat disini > Public Dinar
Harga semasa boleh dilihat disini > Dinar Public

Serba sedikit informasi untuk anda. Selamat menyimpan Dinar Emas.

2 ulasan:

  1. terima kasih diatas info emas yg diberikan.....dulu saya ada beberapa ketul Produk Emas keluaran Public Gold dan agak sukar untuk dijual walaupun dijaja sana sini....Alhamdulillah kini dah terjual semuanyer...dan kini saya sedang giat menyimpan produk emas keluaran negara dan muslimin muslimat kerana senang utk diurusniaga...jom simpan emas

    BalasPadam
  2. tahniah amyklia....
    produk keluaran muslim tempatan... Dinar Kelantan...
    cuba bandingkan dgn Dinar Muslim, keluaran Dubai... spread lebih rendah...

    sokong keluaran Muslim....

    BalasPadam