Dinar Emas sangat menarik untuk dibuat koleksi. Dinar Emas yang popular yang terdapat dipasan seperti DINAR KELANTAN, DINAR PUBLIC dan DINAR MUSLIM. Syiling emas daripada emas 916 boleh diperolihi dari tiga syarikat terbesar iaitu AR-RAHN, PUBLIC DINAR dan NUBEX. Terdapat berbagai-bagai saiz untuk pilihan, dari 1/4 dinar sehingga 10 dinar.
Selain sebagai koleksi, Dinar Emas juga amat sesuai sebagai simpanan. Jika sebelum ini anda menyimpan dengan ringgit, sekarang anda menyimpan dengan Dinar Emas.
1 dinar sebulan = 12 dinar setahun = 120 dinar 10 tahun
1/2 dinar sebulan = 6 dinar setahun = 60 dinar untuk 10 tahun
1/4 dinar sebulan = 3 dinar setahun = 30 dinar untuk 10 tahun
Mari kita lihat nilai dan spread Dinar Emas pada hari ini. Spread adalah perbezaan harga beli/jual. Pelanggan membeli dengan harga Selling dan menjual dengan harga Buying.
DINAR KELANTAN - AR-RAHN
Saiz || Selling || Buying || Spread || %
2DK || 1120.00 || 1000.00 || 120.00 || 10.71%
1DK || 566.00 || 506.00 || 60.00 || 10.60%
1/2DK || 289.00 || 258.00 || 31.00 || 10.73%
1/4DK || 151 || 135 || 16.00 || 10.60%
DINAR PUBLIC - PUBLIC DINAR
Saiz || Selling || Buying || Spread || %
1DP || 594.00 || 558.00 || 36.00 || 6.06%
5DP || 2958.00 || 2795.00 || 163.00 || 5.51%
10DP || 5890.00 || 5596.00 || 294.00 || 4.99%
DINAR MUSLIM - NUBEX
Saiz || Selling || Buying || Spread || %
1DM || 599.01 || 557.08 || 41.93 || 7.50%
2DM || 1184.05 || 1113.01 || 71.04 || 6.00%
8DM || 4699.38 || 4370.42 || 328.96 || 7.00%
Jika diperhatikan harga tawaran berbeza-beza dari syarikat-syarikat berkenaan. Anda boleh memilih yang mana berkenan dihati. Harga tawaran yang terendah ialah Dinar Kelantan, tetapi spread agak tinggi. Walau bagaimanapun jika ia sebagai simpanan dan disimpan untuk tempuh waktu sederhana dan panjang - 3 tahun keatas, spread disekitar 10% tidaklah menjadi masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan