Rabu, 21 April 2010

Dinar Emas Pilihan Anda

Ramai penggemar-penggemar Dinar Emas sudah memiliki koleksi Dinar Emas pilihan mereka. Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan Dinar Emas, terdapat tiga pilihan yang terdapat dipasaran tempatan.


DINAR KELANTAN
Saiz 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar dan 2 dinar

Dinar Kelantan adalah Dinar Emas buatan tempatan yang boleh didapati dari cawangan Ar-Rahn diseluruh semenanjung. Ar-Rahn adalah anak syarikat Permodalan Kelantan Berhad.
Cawangan Ar-Rahn boleh dilihat disini > Ar-Rahn
Harga semasa boleh dilihat disini > Dinar Kelantan


DINAR MUSLIM
Saiz 1 dinar, 2 dinar, 8 dinar

Dinar Muslim adalah Dinar Emas keluaran Dubai, yang boleh didapati dari Nusantara Bullion Exchange (Nubex), sebuah syarikat bumiputra tempatan. Pembelian boleh dibuat secara on-line.
Alamat syarikat boleh dilihat disini > Nubex
Harga semasa boleh dilihat disini > Dinar Muslim


DINAR PUBLIC
Saiz 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar

Dinar Public adalah Dinar Emas tempatan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat Pulau Pinang, Pejabat Cawangan atau dealer yang berdekatan.
Alamat syarikat, cawangan dan dealer boleh dilihat disini > Public Dinar
Harga semasa boleh dilihat disini > Dinar Public

Serba sedikit informasi untuk anda. Selamat menyimpan Dinar Emas.

Jumaat, 9 April 2010

Pergerakan Harga Emas Jan - Mac 2010

Harga Emas disepanjang bulan Januari 2010. Harga pada awal bulan USD1120.00 manakala pada akhir bulan USD1080.00. Harga paling tinggi USD1150.00 dan harga paling rendah USD1080.00















Pada bulan Februari 2010 pula, harga pada awal bulan USD1085.00, manakala pada akhir bulan USD1110.00. Harga paling tinggi USD1120.00 dan harga paling rendah USD1060.00















Pada bulan Mac 2010, harga pada awal bulan USD1115.00, manakala harga pada akhir bulan USD1116.00. Harga tertinggi USD1136.00 dan harga terendah USD1090.00















Teruskan menyimpan emas