Memaparkan catatan dengan label Dinar Kelantan (KGT). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dinar Kelantan (KGT). Papar semua catatan

Sabtu, 1 Januari 2011

Nilai Dinar Kelantan Pada 31 Disember 2010

Carta Kitco mengalami sedikit kejatuhan sehingga 29 Disember 2010. Pada 30 dan 31 Disember 2010 melonjak kembali dan ditutup pada USD1421.60.













Berikutan dengan kenaikan itu, Dinar Kelantan bernilai seperti dibawah pada 31 Disember 2010.

HARGA DINAR

DINAR

JUALAN

BELIAN

8 Dinar

RM5,296.00

RM4,766.00

5 Dinar

RM3,310.00

RM2,979.00

2 Dinar

RM1,324.00

RM1,192.00

1 Dinar

RM662.00

RM596.00

1/2 Dinar

RM331.00

RM298.00

1/4 Dinar

RM166.00

RM149.00


Dinar, penyimpan nilai terbaik.

Isnin, 22 November 2010

Gold Dinar - Pelbagai Pilihan

Salam semua.... agak lama tak update blog...

Kali ini saya akan membawa peminat-peminat Gold Dinar untuk membuat koleksi atau pilihan pelbagai keluaran Gold Dinar yang berada dipasaran.

PUBLIC DINAR
Coin dari emas 916% (22K gold)
Saiz 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar






KELANTAN GOLD TRADE
Coin dari emas 917% (22K gold)
Saiz 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar









Dinar Kelantan keluaran pertama
Coin dari emas 917% (22K gold)
Saiz 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar dan 2 dinar









DINAR MUSLIM, DINAR RESTU
Dinar Muslim:
Coin dari emas 916% (22K gold)
Saiz 1 dinar, 2 dinar dan 8 dinar
Dinar Restu:
Coin dari emas 917% (22K gold)
Saiz 1 dinar












DINAR GCP
Coin dari emas 999% (24K gold)
Saiz 1 dinar









DINAR KULIM
Coin dari emas 917% (22K gold)
Saiz 1/2 dinar dan 1 dinar









Harga semasa boleh dilihat dari web yang berkaitan. Sila klik pada tajuk dinar.

Jom menyimpan dengan Gold Dinar.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Dinar Emas Minggu Berakhir Oktober

Carta Kitco minggu ini (1 Oktober 2010) ditutup tinggi pada USD1318.60. Sehubungan dengan kenaikan harga emas dipasaran antarabangsa, harga Dinar Emas juga turut meningkat.

DINAR KELANTAN (KGT)
1/2 Dinar :: RM 307 / 271.44
1 Dinar :: RM 614 / 541.61
2 Dinar :: RM 1 228 / 1083.23
5 Dinar :: RM 3070 / 2708.07
8 Dinar :: RM 4 912 / 4332.91

PUBLIC DINAR
DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 616.00RM 579.00
5 dinarRM 3068.00RM 2899.00
10 dinarRM 6109.00RM 5804.00
Last updated 03/10/10 12:15 AM

DINAR MUSLIM (Nubex)
1DM || no stock || 541.61
2DM || no stock || 1083.23
8DM || 4642.40 || 4332.91

Tukarkan simpanan dari Ringgit kepada Dinar Emas.

Selasa, 28 September 2010

Jualan Dinar, Dirham Laris

KUALA LUMPUR 5 Sept - Sejumlah RM1.5 juta dinar emas dan RM500,000 wang dirham yang diperkenalkan Kerajaan Pas Kelantan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada habis dijual dalam tempoh tiga minggu sejak dilancarkan 12 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT), Profesor Dr Umar Ibrahim Vadillo berkata, negeri Kelantan menunjukkan perkembangan paling pantas penjualan mata wang dinar dan dirham sejak diperkenalkan di negeri itu.

“Orang ramai diminta menunggu sehingga selepas musim perayaan Aidilfitri bagi mendapatkan dinar emas Kelantan dan menghubungi pihak KGT kerana ia adalah satu-satunya agensi yang bertanggungjawab bagi penjualan mata wang ini.

“Bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan, orang ramai dinasihatkan tidak menghubungi lain-lain jabatan kerajaan seperti Pejabat Menteri Besar atau Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi tujuan mendapatkan dinar emas dan dirham ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan telah melipatgandakan modal operasi KGT daripada RM2 juta kepada RM4 juta untuk meningkatkan jumlah pengeluaran mata wang ini.

“Kami telah menyediakan penambahan syarikat pengeluaran dinar dan dirham di sini iaitu melalui syarikat Public Gold Sdn Bhd yang terletak di Penang.

“Dari segi edaran pula, kami juga telah menambah jumlah ejen untuk mengedarkan mata wang ini daripada dua buah iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) Ar-Rahn (Kota Baharu) dan Nubex (Kuala Lumpur) kepada enam buah lagi yang akan dikenal pasti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Khamis, 23 September 2010

Carta Emas Kitco Menghampiri USD1300.00

Carta emas Kitco menghampiri kepada USD1300.00. Ketika catatan ini dibuat carta Kitco menunjukkan USD1292.60. Carta tertinggi sebelum ini ialah USD1265.40 - 21/6/2010. Carta terendah sebelum ini ialah USD1157.90 - 28/7/2010.

Sehubungan dengan kenaikan harga emas dipasaran antarabangsa sebagaimana yang tercatat pada carta Kitco, harga emas tempatan juga turut naik. Catatan harga Dinar Emas ketika catatan ini dibuat ialah:

DINAR KELANTAN - DINAR KGT
1/2 Dinar :: RM 303.5
1 Dinar :: RM 607
2 Dinar :: RM 1 214
5 Dinar :: RM 3035
8 Dinar :: RM 4 856

PUBLIC DINAR
DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 604.00RM 568.00
5 dinarRM 3007.00RM 2842.00
10 dinarRM 5987.00RM 5688.00
Last updated 24/09/10 12:20 PM

DINAR MUSLIM - NUBEX
Web Dinar Muslim (Nubex) tidak dapat ditembusi ketika ini.