Memaparkan catatan dengan label OUB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OUB. Papar semua catatan

Isnin, 1 Jun 2009

Kenaikan Spread Dinar Emas Kelantan

Spread Dinar Emas Kelantan sudah berubah mulai 01 Jun 2009, tidak lagi tetap (fix) seperti sebelumnya. Apa yang saya dapat dilihat, sudah dua hari web dinarkel memaparkan perubahan kepada spread. Ada diantara rakan-rakan emas telah menghubungi Ar-Rahn berkenaan perkara ini dan pihak Ar-Rahn sendiri tidak dimaklumkan akan kenaikan spread ini dari Permodalan Kelantan Berhad. Mereka hanya menerima fax harga jualan / belian balik setiap hari.

Sila lihat harga jualan / belian balik Dinar Emas Kelantan pada hari ini 02 Jun 2009

DINAR

SELLING

BUYING

Spread

%

2 Dinar

958.80

854.50

104.30

10.88

1 Dimar

485.90

433.30

52.60

10.83

½ Dinar

248.90

222.20

26.70

10.73

¼ Dinar

131.00

117.20

13.80

10.54

Tuesday, June 02, 2009


Bagi peminat-peminat Dinar Emas Kelantan, sudah tentu akan merasa sedikit kekecewaan diatas perubahan ini. Kenaikan spread yang tinggi, melebih 100%. Sila lihat perbandingan spread sebelum dan selepas.


DINAR

SELLING

BUYING

Spread

Sekarang

Spread

Dahulu

Kenaikan

Spread

2 Dinar

958.80

854.50

104.30

40.00

64.30

1 Dimar

485.90

433.30

52.60

20.00

32.60

½ Dinar

248.90

222.20

26.70

10.00

16.70

¼ Dinar

131.00

117.20

13.80

5.00

8.80


Bagi peminat Dinar Emas Kelatan yang menjadikan dinar sebagai koleksi, mungkin akan meneruskan usaha mereka untuk menyimpan beberapa keping dinar, kenaikan itu tidak menjadi masalah bagi mereka sebagai penyimpan / penggemar dinar.


Bagi mereka yang menjadikan dinar sebagai pelaburan, sudah tentu kenaikan spread ini mesti diambil kira. Bagaimana seorang pelabur boleh membuat keuntungan jika spreadnya tinggi. Sudah tentu mereka akan beralih kepada dinar atau emas lain yang spreadnya lebih rendah, mithalnya Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion dari OUB atau Kijang Emas dari Maybank dan juga dinar dan emas dari Public Gold / Public Dinar.


Dengan kenaikan spread Dinar Emas Kelantan, akan memberi manafaat kepada pengeluar-pengeluar emas yang lain, terutama bagi Public Gold / Public Dinar yang mempunyai dealer's diseluruh Malaysia. Apa yang menarik tentang Public Gold ialah pelanggan boleh berurusan dengan dealer PG walau pun diwaktu malam. Harga jualan / belian balik Public Gold di update 24 jam.

Sabtu, 30 Mei 2009

Harga Dinar Emas pada 29 Mei 2009


Harga emas kitco pada hari Jumaat lepas ditutup pada USD979.60. Kenaikan ini mungkin disebabkan penurunan nilai dollar Amerika, jadi ianya tidak banyak perbezaan pada harga pasaran Dinar Emas Kelantan dan Dinar Public.


Dinar Kelantan

Dinar

Sell

Buy

Spread

%

2 Dinar

937.20

897.20

40

2.13

1 Dinar

475.10

455.10

20

4.21

½ Dinar

243.50

233.50

10

4.11

¼ Dinar

128.30

123.30

5

3.90

Friday, May 29, 2009


Dinar Public

Dinar

Selling Price

Buying Price

Spread

%

1 dinar

RM 481.00

RM 452.00

29

6.03

5 dinar

RM 2396.00

RM 2264.00

132

5.51

10 dinar

RM 4771.00

RM 4532.00

239

5.01

Last updated 29/05/09 3:20 PM


Begitu juga dengan Kijang Emas Gold Coins dan Gold Coins UOB iaitu Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion

Kijang Emas Coins

Kijang Emas

Selling

Buying

Spread

%

ONE

3564

3451

113

3.17

HALF

1816

1726

90

4.95

QUARTER

925

863

62

6.70

Last update : 29-May-09 at 2:00:53 PM


OUB Gold Coins

Coins 1oz

Selling

Buying

Spread

%

Maple Leaf

3510

3425

85

2.42

Australian Nugget

3510

3425

85

2.42

Singapore Lion

3510

3425

85

2.42

Last updated 29/05/2009 09:30am


Sama-samalah kita lihat bagaimana pula harga emas minggu hadapan. Walau bagaimana pun aliran pasaran masih uptrend.