Memaparkan catatan dengan label Spread. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Spread. Papar semua catatan

Rabu, 23 Jun 2010

Spread Gold Dinar

Dinar Emas sangat menarik untuk dibuat koleksi. Dinar Emas yang popular yang terdapat dipasan seperti DINAR KELANTAN, DINAR PUBLIC dan DINAR MUSLIM. Syiling emas daripada emas 916 boleh diperolihi dari tiga syarikat terbesar iaitu AR-RAHN, PUBLIC DINAR dan NUBEX. Terdapat berbagai-bagai saiz untuk pilihan, dari 1/4 dinar sehingga 10 dinar.

Selain sebagai koleksi, Dinar Emas juga amat sesuai sebagai simpanan. Jika sebelum ini anda menyimpan dengan ringgit, sekarang anda menyimpan dengan Dinar Emas.

1 dinar sebulan = 12 dinar setahun = 120 dinar 10 tahun
1/2 dinar sebulan = 6 dinar setahun = 60 dinar untuk 10 tahun
1/4 dinar sebulan = 3 dinar setahun = 30 dinar untuk 10 tahun

Mari kita lihat nilai dan spread Dinar Emas pada hari ini. Spread adalah perbezaan harga beli/jual. Pelanggan membeli dengan harga Selling dan menjual dengan harga Buying.

DINAR KELANTAN - AR-RAHN
Saiz || Selling || Buying || Spread || %
2DK || 1120.00 || 1000.00 || 120.00 || 10.71%
1DK || 566.00 || 506.00 || 60.00 || 10.60%
1/2DK || 289.00 || 258.00 || 31.00 || 10.73%
1/4DK || 151 || 135 || 16.00 || 10.60%

DINAR PUBLIC - PUBLIC DINAR
Saiz || Selling || Buying || Spread || %
1DP || 594.00 || 558.00 || 36.00 || 6.06%
5DP || 2958.00 || 2795.00 || 163.00 || 5.51%
10DP || 5890.00 || 5596.00 || 294.00 || 4.99%

DINAR MUSLIM - NUBEX
Saiz || Selling || Buying || Spread || %
1DM || 599.01 || 557.08 || 41.93 || 7.50%
2DM || 1184.05 || 1113.01 || 71.04 || 6.00%
8DM || 4699.38 || 4370.42 || 328.96 || 7.00%

Jika diperhatikan harga tawaran berbeza-beza dari syarikat-syarikat berkenaan. Anda boleh memilih yang mana berkenan dihati. Harga tawaran yang terendah ialah Dinar Kelantan, tetapi spread agak tinggi. Walau bagaimanapun jika ia sebagai simpanan dan disimpan untuk tempuh waktu sederhana dan panjang - 3 tahun keatas, spread disekitar 10% tidaklah menjadi masalah.

Selasa, 6 Oktober 2009

Kenaikan Spread Syiling Kijang Emas


Syiling Kijang Emas, gold coin yang pertama keluaran tempatan yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Syiling Kijang Emas mula dipasarkan kepada umum bermula dari 18/07/2001. Harga pasaran pada waktu itu ialah:

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
18/7/2001 1,082 1,041 551 521 281 260

Berapa nilai Syiling Kijang Emas sekarang.... sila rujuk BNM

Oleh kerana Syiling Kijang Emas dipasarkan melalui Maybank, harga pasaran Syiling Kijang Emas juga boleh dilihat melalui web Maybank

Berbalik kepada tajuk catatan ini Kenaikan Spread Syiling Kijang Emas.... kenaikan ini bermula dari 17/09/2009

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/9/2009 3,550 3,438 1,809 1,719 921 859
2/9/2009 3,575 3,461 1,821 1,730 927 865
3/9/2009 3,650 3,534 1,859 1,767 947 884
4/9/2009 3,698 3,580 1,884 1,790 959 895
7/9/2009 3,695 3,578 1,882 1,789 959 894
8/9/2009 3,709 3,589 1,889 1,794 962 897
9/9/2009 3,699 3,582 1,885 1,791 960 896
10/9/2009 3,674 3,557 1,872 1,779 953 889
11/9/2009 3,679 3,562 1,874 1,781 955 890
14/9/2009 3,711 3,593 1,891 1,796 963 898
15/9/2009 3,705 3,585 1,887 1,793 961 896
16/9/2009 3,713 3,593 1,891 1,796 963 898
17/9/2009 3,671 3,454 1,871 1,727 953 863
18/9/2009 3,669 3,450 1,870 1,725 953 863
23/9/2009 3,668 3,448 1,869 1,724 952 862
24/9/2009 3,650 3,443 1,860 1,716 948 858
25/9/2009 3,606 3,392 1,838 1,696 936 848
28/9/2009 3,598 3,382 1,833 1,691 934 845
29/9/2009 3,592 3,378 1,830 1,689 932 844
30/9/2009 3,598 3,385 1,834 1,693 934 846

Spread pada 16/09/2009
1oz - RM3713 - RM3593 = RM120 - 3.23%
1/2oz - RM1891 - RM1796 = RM95 - 5.02%
1/4oz - RM963 - RM898 = RM65 - 6.75%

Spread pada 17/09/2009
1oz - RM3671 - RM3454 = RM217 - 5.91%
1/2oz - RM1871 - RM1727 = RM144 - 7.7%
1/4oz - RM953 - RM863 = RM90 - 9.44%

Sejauh ini Syiling Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion masih mengungguli carta Gold Coin yang spread rendah. Sila lihat web UOB untuk melihat harga semasa Gold Coins berkenaan.

Jumaat, 4 September 2009

Buat Duit Dengan Public Dinar

Emas memang menguntungkan jika disimpan untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Perkara ini telah dibincangkan melalui catatan saya yang lepas-lepas. Disini saya akan tunjukkan bahagaimana membuat keuntungan dalam masa yang singkat melalui jual beli Dinar Public.


Kenaikan dan penurunan harga adalah menjadi faktor penting untuk membolehkan anda membuat untung.

Spread juga menjadi salah satu faktor yang harus diambilkira. Berapakah spred Dinar Public. Kita lihat harga Dinar Public pada hari ini 04/09/09:


Public Dinar 04/09/09

Dinar

Selling Price

Buying Price

Spread

%

1 dinar

RM497.00

RM467.00

30

6.04%

5 dinar

RM2476.00

RM2340.00

136

5.49%

10 dinar

RM4929.00

RM4683.00

246

5.00%


Spread disekitar 5% - 6% bergantong kepada saiz dinar. Saiz besar lebih menguntungkan berbanding dengan saiz kecil. Untuk memaksiman keuntungan, pilih saiz besar.


Mari kita ambil contoh 1 dinar dengan spreadnya 6%. Dengan menetapkan margin kenaikan sebanyak 10%, setelah ditolak spread 6%, keuntungan yang bakal diraih ialah -+4%.


Beli pada 06/04/09: RM444

Spread 6%: RM27

Jual pada 01/06/09: RM487

Kenaikan: RM43 – 9.68%

Kauntungan: RM43 – RM27 = RM16

Tempuh: 55 hari


Beli pada 04/05/09: RM448

Spread 6% RM27

Jual pada 04/09/09: RM497

Kenaikan: RM49 – 9.85%

Keuntungan: RM49 – RM27 = RM22

Tempuh: 150 hari

Keuntungan sejauh ini: RM16 + RM22 = RM38 (8.52%)


Ataupun anda membeli pada 06/04/09 RM444 dan membeli lagi pada 04/05/09 RM448. Jumlah pembelian anda ialah RM892 untuk 2 dinar. Purata pembelian 1 dinar ialah RM446.


Beli pada 06/04/09: RM444

Beli pada 04/05/09: RM448

Jumlah pembelian: RM892

Purata pembelian 1 dinar: RM892 / 2 = RM446

Spread 6% RM27

Jual pada: 04/09/09: RM497

Kenaikan: RM51 – 11.43%

Keuntungan: RM51 – RM27 = RM24 x 2 = RM48 (10.76%)


Kedua-dua teknik diatas boleh digunakan mengikut situasi pasaran. Teknik pertama untuk mereka yang kurang mudal dan teknik kedua untuk mereka yang cukup modal. Peratus keuntungan sebanyak 8.52% atau 10.76% adalah cukup memberansangkan cuma dalam tempuh -+ 5 bulan. Semua ini bergantung kepada keadaan pasaran semasa.


Semoga teknik-teknik ini dapat memberi sedikit panduan untuk pelaburan anda.