Memaparkan catatan dengan label UOB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UOB. Papar semua catatan

Ahad, 29 November 2009

Gadai Emas Di Ar-Rahn PKB

Memajak atau menggadai emas boleh dilalukan dibeberapa Ar-Rahnu dan Ar-Rahn seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro Bank, Ar-Rahn Kotani (Koperasi Pertanian) dan beberapa Koperasi yang lain. Apa yang saya ingin berkongsi sekarang ialah memajak emas dengan Ar-Rahn PKB (Permodalan Kelantan Berhad).

Terdapat banyak Ar-Rahn PKB diseluruh semenanjung yang boleh dilihat dari web berkenaan. Ada tiga buah Ar-Rahnu PKB yang terdapat di Wilayah Persekutuan dan Selangor iaitu:
- Ar-Rahn Jln Raja Laut, Kuala Lumpur
- Ar-Rahn Kajang dan
- Ar-Rahn Rawang

Ar-Rahnu PKB memberi pinjaman sebanyak 60% keatas nilai marhun (nilai pajakan) dengan mengenakan upah simpan seperti dibawah:

RM1.00 - RM400.00 = RM0.60 setiap RM100.00 nilai marhun
RM401.00 - RM2000.00 = RM0.85 setiap RM100.00 nilai marhun
RM2001.00 - keatas = RM0.95 setiap RM100.00 nilai marhun

Nilai marhun berdasarkan harga emas bagi kedai-kedai emas FGJAM. Harga emas FGJAM sekarang ialah:

Emas 999 - RM150.00/g
Emas 916 - RM142.00/g
Last updated on 25 Nov 2009.

Tempuh gadaian selama 6 bulan dan boleh dilanjutkan selama 6 bulan lagi, dengan syarat upah simpan yang terdahulu dilangsaikan.

Ada dua sebab mengapa anda boleh memajak emas:
- hendak menggunakan wang sementara
- hasil pajakan dijadikan modal untuk membeli emas tambahan

Katakan sekarang anda ingin memajak Public Gold bar 50g:
- nilai Public Gold bar 50g - RM7070.00 (Last updated 29/11/09 8:20 PM)
- nilai marhun RM150.00 x 50g = RM7500.00
- upah simpan sebulan RM0.95 x RM7500.00 = RM71.25
- upah simpan 6 bulan RM71.25 x 6 = RM427.50
- pinjaman 60% x RM7500.00 = RM4500.00

Anda mendapat pinjaman sebanyak RM4500.00 yang boleh digunakan, atau menggunakannya untuk menambah emas yang sedia ada. Terpulanglah kepada ada samada membeli dinar emas, gold coin atau gold bar untuk tambah koleksi/aset. Sebagai contoh anda boleh mendapatkan Maple Leaf gold coin 1oz RM4202 atau 2 keping 1/2oz dengan nilai RM2157 x 2 = RM4314.00 atau 4 keping 1/4oz dengan nilai RM1105 x 4 = RM4420.00 (last update 26 Nov 2009)

Emas yang digadaikan boleh ditebus kembali secara lumsum atau secara beransur-ansur dalam tempuh 6 bulan. Jumlah yang sepatutnya anda langsaikan ialah RM4500.00 berserta dengan upah simpan RM427.50, menjadikan jumlah keseluruhannya RM7927.50. Jika pinjaman ini dilangsaikan lebih awal, maka jumlahnya lebih rendah dengan mengambilkira upah simpan sebanyak RM71.25 sebulan.

Sekali imbas anda kerugian oleh kerana terpaksa menanggung lebihan bayaran upah simpan sebanyak RM427.50 selama tempuh 6 bulan. Anda sepatutnya mengambilkira kenaikan nilai emas sepanjang tempuh tersebut. Dengan mengambilkira kenaikan nilai emas sebanyak 24% setahun, bermakna peningkatan nilai emas selama 6 bulan ialah 12%

- Nilai Public Gold bar 50g - RM7070.00
- Nilai 6 bulan akan datang - RM7070.00 x 12% = RM848.40
- Upah simpan selama 6 bulan - RM427.50

Dapat dilihat sini bahawa kenaikan nilai emas sepanjang 6 bulan sebanyak RM848.40, manakala upah simpan dalam tempuh yang sama ialah RM427.50. Anda telah untung sebanyak RM420.90.

Bagaimana jika hasil pajakan tersebut digunakan untuk membeli emas tambahan bagi menambah koleksi/aset:

- Public Gold bar 50g RM7070.00
- Maple Leaf 10z RM4202.00
- jumlah koleksi/aset RM11,272.00
- kenaikan nilai 12% x RM11,272.00 = RM1352.64
- upah simpan selama 6 bulan - RM427.50

Anda telah memperolihi keuntungan sebanyak RM925.14 hasil dari pajakan dan tambahan aset baru selama tempuh 6 bulan. Bagaimana pula jika anda lakukannya setiap 6 bulan.....

Walau bagaimanapun proses pajakan emas ini masih ada risiko kerugian. Ianya bergantung kepada kenaikan harga emas itu sendiri, jika harga emas tidak naik (sideway) atau jatuh, sudah tentu hasilnya adalah sebaliknya.....

Akhir kata, tambah koleksi/aset dengan hasil pajakan dari A-Rahn.....

Sabtu, 10 Oktober 2009

Maple Leaf Gold Bullion Coin

Made of 9999 fine gold, Gold Maple Leaf coins come in five sizes ranging from 1 oz. to 1/20 oz. The Royal Canadian Mint was the first world mint to commercially produce 9999 fine gold. This innovation gave the Gold Maple Leaf instant recognition when it was introduced to the bullion coin market years ago, and it remains the most well recognized and sought after bullion coin in the market today.

I
ssuing Entity: Canadian Royal Mint
First Minted: 1979

Last Minted: Still minting

Weight: 1.00 Troy oz.
(31.1033grams)
Diameter: 30.00mm

Thickness: 2.87mm

Composition: 99.99% Gold
Obverse Design: Queen Elizabeth II

Reverse Design: Maple Leaf

Nominal Value: $50 CAD
Variations: 1/2 oz.
1/4 oz. 1/10 oz. 1/20 oz.

Canadian Maple Leaf Gold Coin adalah salah satu pilihan
untuk gold collector. Bahagian hadapannya dihiasi dengan gambar daun maple dan sebaliknya dengan gambar Queen Elizabeth 11. Sebanyak 5 saiz dikeluarkan, dari yang paling kecil ialah 1/20oz hingga yang paling besar ialah 1oz. Dengan saiznya yang kecil, ia memudahkan untuk dibawa kemana-mana.

Canadian Maple Leaf Gold Coin boleh didapati dari United Overseas Bank (UOB) yang terpilih. Selain dari Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion juga boleh diperolihi dari UOB.

Saingannya yang terdekat ialah Kijang Emas Gold Coin yang boleh didapati dari Maybank. Dengan kenaikan spread Kijang Emas Gold Coin, menjadikan Canadian Maple Leaf Gold Coin lebih menjadi pilihan.

Sejauh ini
Canadian Maple Leaf Gold Coin masih mengekalkan spread yang paling rendah. Harga Maple Leaf Gold Coin di update sekali sehari iaitu pada jam 9.30am. Dibawah ini adalah harga jualan/belian balik pada 09/10/2009

Gold Prices

As at 09/10/2009 09:37. The Bank reserves the absolute right and discretion to change the rates below without any notice or reason whatsoever.

Weight

Gold Type

West M'sia -
Bank Selling
(RM)

East M'sia -
Bank Selling
(RM)

Bank Buying
(RM)

1 OZ

GOLD MAPLE

LEAF

3705

3706

3620

1/10 OZ

GOLD MAPLE

LEAF

404

405

375

1/2 OZ

GOLD MAPLE

LEAF

1902

1903

1828

1/20 OZ

GOLD MAPLE

LEAF

255

256

208

1/4 OZ

GOLD MAPLE

LEAF

974

975

924


Pro dan contra:
- spread yang rendah
- dapat memaksimakan keuntungan dengan cepat
- saiz besar lebih menguntungkan berbanding saiz kecil
- tidak banyak cawangan yang boleh diperolihi
- tidak sesuai untuk dipajak

SIMPAN EMAS UNTUK MELINDUNGI SIMPANAN DARI SUSUT NILAI
EMAS TIDAK SUSUT NILAI AKIBAT INFLASI - 0% inflation
NILAI EMAS SEIRING DENGAN HARGA BARANGAN


Isnin, 7 September 2009

Buat Duit Dengan Maple Leaf Coin

Syiling emas Maple Leaf boleh dibeli / dijual melalui UOB. Selain dari Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion juga boleh diperolihi dari UOB. UOB menjual / membeli emas pelaburan dari luar Negara termasuk Kinebar dan Pamp Gold dari Swiss. Anda boleh memilih coin yang anda suka kerana harganya adalah sama walaupun Negara pengeluar coin tersebut berbeza.


Bagaimana membuat keuntungan dengan jual beli emas pelaburan Maple Leaf. Faktor utama untuk membolehkan membuat untung ialah naik turun harga emas itu sendiri, disamping faktor spread bagi emas berkenaan. Kita lihat harga Maple Leaf 1oz pada 04/09/2009 sebagai contoh. Saiz 1oz dapat memaksiman keuntungan berbanding dengan saiz kecil.


Gold Coins UOB

Weight

Gold Type

Bank Selling

(RM)

Bank Buying

(RM)

Spread

%

1oz

Maple Leaf

3625

3540

85

2.34

1oz

Aust Nugget

3625

3540

85

2.34

1oz

S'pore Lion

3625

3540

85

2.34


Selling – ini harga kita beli dari UOB

Buying – ini harga kita jual balik kepada UOB

Spread – perbezaan harga jual/beli


Mengikut rekod harga tahun 2009 yang ada didalam simpanan saya, harga dalam bulan April dan Mei adalah harga yang terendah. Contoh dibawah ialah pembelian yang dibuat pada tarikh-tarikh yang berlainan dan harganya juga berlainan. Jumlah pembelian keseluruhan ialah RM13,233. Purata harga untuk 1oz ialah RM3301


Jadual Buy/Sell

Buy/Sell

Tarikh

Price

RM

%

Buy

07/04/09

3279


Buy

10/04/09

3322


Buy

20/04/09

3310


Buy

04/05/09

3292


Jumlah


13233


Purata 1oz


3301


Sell

04/09/09

3540


Profit 1oz


239

7.24%

Spread 1 oz


85

2.57%

Nett Profit 1oz


154

4.66%

Total Profit


616

4.66%


Dari catatan diatas penjualan dibuat pada 04/09/09. Harga buy ialah RM3625 dan sell RM3540. Penjualan adalah mengikut harga sell RM3540. Perbezaan diantara harga buy/sell ini dinamakan spread. Hasil dari penjualan tersebut keuntungan yang diperoli adalah sebanyak RM616 dalam tempuh -+5 bulan. Walau bagaimana pun semua ini bergantung kepada pasaran semasa. Carta emas antarabangsa boleh dilihat dari web kitco.


Semoga catatan ini dapat memberi sedikit panduan untuk pelaburan anda.