Khamis, 24 Disember 2009

Saving Dengan Dinar Emas

Bagi anda yang mempunyai pendapatan bulan, sudah tentu sebahagian daripadanya disimpan sebagai saving. Ada yang saving dalam bank, Tabung Haji, Unit Trust, ASB, ASW dan sebagainya. Apa yang saya hendak berkongsi dengan anda ialah saving dengan Dinar Emas.

Nilai 1 dinar emas 4.25g sekarang adalah melebihi dari RM500, jadi ada yang beranggapan mereka kurang mampu untuk saving dengan dinar emas. Memang betul, mungkin ada yang mampu untuk saving RM500 sebulan dan ada yang kurang. Sebenarnya itu tidak menjadi masalah, bak kata pepatah melayu, 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'.

Saya cuba untuk menunjukkan jalannya. Jika kurang mampu dengan 1 dinar sebulan, anda boleh saving dengan 1/2 dinar atau 1/4 dinar. Anda boleh saving dengan Dinar Kelantan. Harga buy/sell Dinar Kelantan hari ini:

1 dinar RM524 / RM467
1/2 dinar RM268 / RM239
1/4 dinar RM140 / RM125

Jika dilihat perbezaan harga buy/sell Dinar Kelantan disekitar 11%. Masih ada pilihan lain iaitu Dinar Muslim yang menawarkan spread yang lebih rendah sekitar 6%. Harga buy/sell Dinar Muslim hari ini:

1 dinar RM545.43 / RM512.71
2 dinar RM1072.55 / RM1008.20
8 dinar RM4256.84 / RM4001.43
(last update 24/12/2009 @ 8.40pm)

Berapa saving bulanan anda:
RM100 x 12 = RM1200 setahun
RM200 x 12 = RM2400 setahun
RM300 x 12 = RM3600 setahun

Dengan saving sebanyak RM1200 setahun, anda dapat menukarkannya dengan 2 keping 1 dinar. Saving RM2400 setahun, anda dapat menukarkannya dengan 4 keping 1 dinar. Saving RM3600 setahun, anda dapat menukarkannya dengan 6 keping 1 dinar.

Dengan saving sebanyak RM100 sebulan, dalam tempuh 3 tahun anda dapat mengumpulkan 6 keping 1 dinar. Saving sebanyak RM200 sebulan, 3 tahun lagi anda dapat mengumpul 12 keping 1 dinar. Saving sebanyak RM300 sebulan, sebanyak 18 keping dapat dikumpul.

Harga dinar emas berubah-ubah mengikut harga pasaran emas semasa. Pengiraan diatas berdasarkan harga hari ini. Purata kenaikan harga emas ialah lebih dari 20% setahun. Jika diambil purata kenaikan sebanyak 15% setahun, bermakna kenaikan nilai dinar emas anda 3 tahun akan datang ialah sebanyak 45%:

6 keping x RM545 = RM3270 x 45% = RM1471 - nilai semasa RM4741
12 keping x RM545 = RM6540 x 45% = RM2943 - nilai semasa RM9493
18 keping x RM545 = RM9810 x 45% = RM4415 - nilai semasa RM14224

Saving dengan Dinar Emas lebih menguntungkan.

Ahad, 20 Disember 2009

Carta Emas 14 Dis - 18 Dis

Carta Emas kitco sepanjang minggu lepas berlegar-legar diantara usd1099.10 - usd1142.10. Berkemungkinan mencari petunjuk baru untuk membuatkan ia melantun semula atau meneruskan penerjunan gaya bebasnya....

Pasaran ditutup pada harga usd1112.40.

Carta daily(D1) dan weekly(W1) masih menurun.....
Carta monthly(MN) juga menurun....














Tunggu dan lihat prestasi minggu hadapan pula.....

Khamis, 17 Disember 2009

Emas vs ASB

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.

Jumlah agihan pendapatan itu meningkat daripada 7.00 sen seunit pada tahun lalu. Berita selanjutnyanya, sila lihat sini....

Tahniah kepada pelabur-pelabur yang lebih dari 10 tahun melabur dalam ASB. Dividen dan bonus yang akan anda terima pada 02 Januari 2010 sebanyak 8.55%.

Bagaimana pula dengan anda yang menyimpan emas. Tiada siapa yang dapat memberi dividen dan bonus kerana anda sendiri yang menyimpannya. Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda ialah tentang pulangan dari anda menyimpan emas, berbanding menyimpan dengan ASB.

Sebagai contoh saya ambil Kijang Emas kerana data-data atau rekod-rekod harga yang lepas-lepas boleh didapati dari web BNM.

Kijang Emas 1oz pada 02/01/2009 : RM3239 / RM3137

Kijang Emas 1oz pada 17/12/2009 : RM4064 / RM3821

Kenaikan nilai emas : RM4064 - RM3239 = RM825

Peratus kenaikan : RM825 x 100 / RM3239 = 25.47%

Dapat diperhatikan bahawa kenaikan nilai emas adalah sebanyak 25.47%, hampir tiga kali ganda dari dividen dan bonus ASB.

Saya dan ramai lagi sudah menyimpan emas....... anda bila lagi....

Simpan emas untuk masa depan anda...

Isnin, 7 Disember 2009

Difinasi Dinar Emas dan Dirham Perak

Berdasarkan Hukum Syari’ah Islam…
Dinar Emas Islam memiliki kadar 22 karat emas (917) dengan berat 4.25 gram.
Dirham Perak Islam memiliki kadar perak tulin(999) dengan berat 2.975 gram.
Khalifah Umar ibn Khattab menentukan standard antara keduanya berdasarkan beratnya masing-masing:
“7 dinar harus setara dengan 10 dirham.”

Wahyu menyatakan mengenai Dinar Dirham dan banyak sekali hukum hukum yang terkait dengannya seperti zakat, pernikahan, hudud dan lain sebagainya. Sehingga dalam Wahyu Dinar Dirham memiliki tingkat realiti dan ukuran tertentu sebagai standard pengiraan (untuk Zakat dan lain sebagainya) dimana sebuah keputusan dapat diukurkan kepadanya dibandingkan dengan alat tukar lainnya.

Telah menjadi ijma ulama sejak awal Islam dan pada masa para Sahabat dan Tabi’in bahwa Dirham menurut syari’ah adalah seberat 10 dirham

Apa saja kegunaan Dinar Islam?
  • Dapat digunakan sebagai simpanan, pelaburan, penyimpan nilai
  • Dapat digunakan sebagai pembayar zakat dan mas kahwin sebagaimana telah disyaratkan oleh Syari’ah Islam
  • Dapat digunakan untuk perniagaan sebagai alat tukaran yang sah

  • Ahad, 29 November 2009

    Gadai Emas Di Ar-Rahn PKB

    Memajak atau menggadai emas boleh dilalukan dibeberapa Ar-Rahnu dan Ar-Rahn seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro Bank, Ar-Rahn Kotani (Koperasi Pertanian) dan beberapa Koperasi yang lain. Apa yang saya ingin berkongsi sekarang ialah memajak emas dengan Ar-Rahn PKB (Permodalan Kelantan Berhad).

    Terdapat banyak Ar-Rahn PKB diseluruh semenanjung yang boleh dilihat dari web berkenaan. Ada tiga buah Ar-Rahnu PKB yang terdapat di Wilayah Persekutuan dan Selangor iaitu:
    - Ar-Rahn Jln Raja Laut, Kuala Lumpur
    - Ar-Rahn Kajang dan
    - Ar-Rahn Rawang

    Ar-Rahnu PKB memberi pinjaman sebanyak 60% keatas nilai marhun (nilai pajakan) dengan mengenakan upah simpan seperti dibawah:

    RM1.00 - RM400.00 = RM0.60 setiap RM100.00 nilai marhun
    RM401.00 - RM2000.00 = RM0.85 setiap RM100.00 nilai marhun
    RM2001.00 - keatas = RM0.95 setiap RM100.00 nilai marhun

    Nilai marhun berdasarkan harga emas bagi kedai-kedai emas FGJAM. Harga emas FGJAM sekarang ialah:

    Emas 999 - RM150.00/g
    Emas 916 - RM142.00/g
    Last updated on 25 Nov 2009.

    Tempuh gadaian selama 6 bulan dan boleh dilanjutkan selama 6 bulan lagi, dengan syarat upah simpan yang terdahulu dilangsaikan.

    Ada dua sebab mengapa anda boleh memajak emas:
    - hendak menggunakan wang sementara
    - hasil pajakan dijadikan modal untuk membeli emas tambahan

    Katakan sekarang anda ingin memajak Public Gold bar 50g:
    - nilai Public Gold bar 50g - RM7070.00 (Last updated 29/11/09 8:20 PM)
    - nilai marhun RM150.00 x 50g = RM7500.00
    - upah simpan sebulan RM0.95 x RM7500.00 = RM71.25
    - upah simpan 6 bulan RM71.25 x 6 = RM427.50
    - pinjaman 60% x RM7500.00 = RM4500.00

    Anda mendapat pinjaman sebanyak RM4500.00 yang boleh digunakan, atau menggunakannya untuk menambah emas yang sedia ada. Terpulanglah kepada ada samada membeli dinar emas, gold coin atau gold bar untuk tambah koleksi/aset. Sebagai contoh anda boleh mendapatkan Maple Leaf gold coin 1oz RM4202 atau 2 keping 1/2oz dengan nilai RM2157 x 2 = RM4314.00 atau 4 keping 1/4oz dengan nilai RM1105 x 4 = RM4420.00 (last update 26 Nov 2009)

    Emas yang digadaikan boleh ditebus kembali secara lumsum atau secara beransur-ansur dalam tempuh 6 bulan. Jumlah yang sepatutnya anda langsaikan ialah RM4500.00 berserta dengan upah simpan RM427.50, menjadikan jumlah keseluruhannya RM7927.50. Jika pinjaman ini dilangsaikan lebih awal, maka jumlahnya lebih rendah dengan mengambilkira upah simpan sebanyak RM71.25 sebulan.

    Sekali imbas anda kerugian oleh kerana terpaksa menanggung lebihan bayaran upah simpan sebanyak RM427.50 selama tempuh 6 bulan. Anda sepatutnya mengambilkira kenaikan nilai emas sepanjang tempuh tersebut. Dengan mengambilkira kenaikan nilai emas sebanyak 24% setahun, bermakna peningkatan nilai emas selama 6 bulan ialah 12%

    - Nilai Public Gold bar 50g - RM7070.00
    - Nilai 6 bulan akan datang - RM7070.00 x 12% = RM848.40
    - Upah simpan selama 6 bulan - RM427.50

    Dapat dilihat sini bahawa kenaikan nilai emas sepanjang 6 bulan sebanyak RM848.40, manakala upah simpan dalam tempuh yang sama ialah RM427.50. Anda telah untung sebanyak RM420.90.

    Bagaimana jika hasil pajakan tersebut digunakan untuk membeli emas tambahan bagi menambah koleksi/aset:

    - Public Gold bar 50g RM7070.00
    - Maple Leaf 10z RM4202.00
    - jumlah koleksi/aset RM11,272.00
    - kenaikan nilai 12% x RM11,272.00 = RM1352.64
    - upah simpan selama 6 bulan - RM427.50

    Anda telah memperolihi keuntungan sebanyak RM925.14 hasil dari pajakan dan tambahan aset baru selama tempuh 6 bulan. Bagaimana pula jika anda lakukannya setiap 6 bulan.....

    Walau bagaimanapun proses pajakan emas ini masih ada risiko kerugian. Ianya bergantung kepada kenaikan harga emas itu sendiri, jika harga emas tidak naik (sideway) atau jatuh, sudah tentu hasilnya adalah sebaliknya.....

    Akhir kata, tambah koleksi/aset dengan hasil pajakan dari A-Rahn.....

    Isnin, 16 November 2009

    Dinar Emas BNM


    Dinar Emas BNM
    Keluaran The Royal Mint of Malaysia
    Spesifikasi:
    Weight: 4.25 grams
    Diameter: 23 mm
    Thickness: 0.6 mm

    Ini mungkin Dinar Emas yang pertama dan terakhir dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Tidak tahu bila tarikh keluarannya. Berkemungkinan Dinar Emas tersebut dikeluarkan cuma sekali sahaja sebagaimana pengeluaran syiling peringatan yang lain.

    Sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan berkenaan Dinar Emas BNM ini, dipersilakan berkongsi maklumat anda disini. Perkongsian maklumat anda didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

    Selasa, 3 November 2009

    Dinar Muslim

    Dinar Muslim, sebelum ini dikenali dengan nama Islamic Gold Dinar.
    Dinar Muslim atau Islamic Gold Dinar dikeluarkan oleh Dubai Multi Commodities Center (DMCC) yang berpengkalan di Dubai.
    Sebelum ini Islamic Gold Dinar dapat diperolihi dari beberapa Wakala (wakil jualan) yang terdapat di Malaysia, akhirnya Wakala tersebut telah menamatkan operasinya berkemungkinan kerana kurang sambutan oleh kerana spread agak tinggi berbanding sainganya Dinar Kelantan ketika itu.
    Kini Dinar Muslim kembali dengan wakil jualan yang baru dan nilai yang ditawarkan juga lebih menarik.
    Tiga saiz dikeluarkan iaitu 1 Dinar, 2 Dinar dan 8 Dinar.

    1 Dinar Muslim 4.25 grams of 22K gold

    2 Dinar Muslim 8.5 grams of 22K gold

    8 Dinar Muslim 34 gram of 22K gold
    (hadapan)

    (belakang)

    Dinar Muslim boleh diperoli dari:

    Nubex Nusantara Bullion Exchange
    Our mailing address is:
    C-510, Centre Wing,
    Metropolitan Square,
    Damansara Perdana,
    47820 Petaling Jaya,
    Selangor, Malaysia

    info@nubex.com.my
    Phone : +6(03)-7729 9640/04
    Fax : +6(03)-7729 9940
    Cell : +6(013)-399 9688

    Nubex Nusantara Bullion Exchange menawarkan nilai tukaran yang menarik yang boleh dilihat dari web syarikat. Peminat atau pengumpul dinar emas mempunyai 3 pilihan samada memilih Dinar Kelantan, Dinar Public atau Dinar Muslim. Walau bagaimanapun pilihan ini hanya untuk peminat atau pengumpul disekitar Lembah Klang sahaja kerana sejauh ini masih tiada wakil-wakil jualan diseluruh negara.