Jumaat, 5 Jun 2009

Dinar Emas Kelantan Tidak Popular Lagi

Bermula dari 01 Jun 2009, Dinar Emas Kelantan tidak popular lagi? Diantara sebab-sebab mengapa Dinar Emas Kelantan dan Ar-Rahn tidak popular adalah seperti dibawah:

- Spread Dinar Emas Kelantan yang tinggi mulai 01 Jun 2009
- Margin pinjaman dari Ar-Rahn yang rendah
- Upah simpan di Ar-Rahn yang tinggi
- Tempuh pinjaman yang singkat

Lihat perbezaan spread dibawah:

Dinar Kelantan

DINAR

SELLING

BUYING

Spread

%

2 Dinar

953.00

866.00

87

9.13

1 Dimar

483.00

439.00

44

9.11

½ Dinar

247.00

225.00

22

8.91

¼ Dinar

130.00

118.00

12

9.23

Friday, June 05, 2009


Dinar Public

DINAR

SELLING

BUYING

Spread

%

1 Dinar

487.00

458.00

29

5.95

5 Dimar

2423.00

2290.00

133

5.49

10 Dinar

4824.00

4583.00

241

5.00

Last updated 05/06/09 3:51 PM


Dapat dilihat diatas bahawa spread untuk Dinar Kelantan disekitar 9%, manakala spread bagi Dinar Public cuma 5% - 6%

Memajak emas - Ar-Rahn memberi margin pinjaman sebanyak 60% dari nilai marhun (nilai emas), manakala Ar-Rahnu Bank Rakyat sebanyak 65% dan Ar-Rahnu Agro Bank memberi margin pinjaman sehingga 70%

Upah simpan - Ar-Rahn mengenakan upah simpan RM0.95 setiap RM100/sebulan, manakala Ar-Rahnu Bank Rakyat RM0.75 setiap RM100/sebulan dan Ar-Rahnu Agro Bank cuma RM0.70 setiap RM100/sebulan

Tempuh pinjaman - Ar-Rahn memberi tempuh pinjaman selama 6 bulan ditambah 6 bulan, manaka Ar-Rahnu Bank Rakyat selama 6 bulan ditambah 6 bulan atau sehingga selesai

Pandangan peribadi saya, sebelum ini Dinar Emas Kelantan menjadi popular dan diminati oleh para pelabur disebabkan spreadnya yang rendah. Ar-Rahn pula bukanlah pilihan para pelabur untuk memajak emas mereka disebabkan perkara-perkara yang saya nyatakan diatas.

Dengan kreteria-kreteria yang saya nyatakan diatas, Dinar Emas Kelantan akan menjejaki sebagaimana dinar Islamic Gold Dinar (IGD)

1 ulasan:

  1. saya pon ada beberapa keping dinar kelantan...tapi tak apa la.......janji kita simpan emas....sebenarnya ini adalah peluang anda untuk menjadi agen public gold..kalau berminat contact pokli 019 3516478

    pokli77.blogspot.com

    BalasPadam