Jumaat, 19 Jun 2009

Gold Dinar and Gold Coins Prices

Saya adalah salah seorang yang meminati syiling emas atau gold coins. Syiling emas berbentuk bulat. Jika anda sedang berjinak-jinak dengan syiling emas, mari kita lihat yang mana satu syiling emas pilihan anda. Ada dua pilihan untuk syiling emas.

1. Dinar Emas - dinar emas diperbuat dari emas 916 (22K)
2. Gold Coins - diperbuat dari emas 999 (24K)

Dinar Emas ialah emas yang telah dicampur dengan logam lain seperti perak dan tembaga menjadikan ketulinannya (purity) 916% atau emas 22 Carat. Gold Coins pula merupakan emas tulin yang ketulinannya 999% atau emas 24 Carat. Oleh kerana ketulinan dinar adalah rendah sedikit berbanding gold coins, harganya juga rendah sedikit dari gold coins. Walau bagaimana pun dinar lebih keras dari gold coins dan ini membuatkan ia lebih tahan calar, bengkok atau kemek.

Ada dua pengeluar dinar terbesar di Malaysia.

Public Dinar

Dinar

Selling Price

Buying Price

Spread

%

Price per gram

1 dinar

RM 470.00

RM 442.00

28

5.96

110.59

5 dinar

RM 2338.00

RM 2209.00

129

5.52

110.02

10 dinar

RM 4655.00

RM 4422.00

233

5.00

109.53

Last updated 19/06/09 3:50 PM


Dinar Kelantan

Dinar

Selling Price

Buying Price

Spread

%

Price per gram

2 dinar

RM931.00

RM846.00

85.00

9.13

109.53

1 dinar

RM472.00

RM429.00

43.00

9.11

111.06

½ dinar

RM242.00

RM220.00

22.00

9.09

113.88

¼ dinar

RM127.00

RM116.00

11.00

8.66

119.53

Friday, June 19, 2009


Dapat diperhatikan bahawa Dinar Public menawarkan spread (perbezaan harga jualan / belian balik) yang lebih rendah, berbanding Dinar Kelantan. Harga jualan Dinar Public juga lebih rendah dari Dinar Kelantan. Kedua-dua harga dinar diatas diambil pada hari Jumaat 19/06/2009. Harga akan berubah dari masa kesemasa mengikut harga pasaran emas antarabangsa yang boleh dilihat dari Kitco.com. Harga Dinar Public di update dua kali sehari, sekali disebelah pagi dan sekali lagi disebelah petang, manakala harga Dinar Kelantan di update sekali sehari disebelah pagi.

Beralih kepada Gold Coins. Diantara Gold Coins yang popular ialah Kijang Emas, Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion dan Public Gold Coin. Mari kita lihat harga jualan / belian balik / spread / peratusan dan harga per gram.

Gold Coins OUB

Weight

Gold Type

West M'sia

Sell (RM)

Bank Buy
(RM)

Spread

%

Price

Per gram

1 OZ

AUST NUGGETS

3466

3381

85

2.45

111.45

1 OZ

MAPLE LEAF

3466

3381

85

2.45

111.45

1 OZ

S'PORE LION

3466

3381

85

2.45

111.45

Last updated 19/06/2009 09:47


Gold Coins Maybank

SIZE (oz)

SELLING (RM)

BUYING (RM)

Spread

%

Price per gram

ONE

3493

3382

111.00

3.18

112.32

HALF

1780

1691

89.00

5.00

114.47

QUARTER

906

846

60.00

6.62

116.53

Last update : 19-Jun-09 at 2:21:23 PM


Gold Coins Public Gold


Selling Price

Buying Price

Spread

%

Price

per

gram

50 gram

RM5,636.00

RM5,326.00

310

5.50

112.72

(Last updated 19/06/09 6:10 PM)


Transpot charge sebanyak RM20 dikenakan keatas pelanggan diluar Pulau Pinang.


Diperhatikan bahawa spread untuk Gold Coins OUB disekitar 2.45%, lebih rendah dari Gold Coins dari Maybank dan Public Gold. Harga lebih kurang RM111.45 per gram. Bagi Kijang Emas Coins 1oz, harga lebih rendah dibandingkan dengan saiz yang lebih kecil. Untuk memaksimakan keuntungan, pilih saiz 1oz. Begitu juga dengan Gold Coins OUB (tidak ditunjukkan diatas), harga 1oz adalah lebih rendah dibandingkan dengan saiz yang lebih kecil, sebab itu saya cuma memaparkan saiz 1oz sahaja.

Semoga catatan ini dapat memberi sedikit maklumat untuk memilih Gold Dinar / Coins pilihan anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan