Isnin, 24 Ogos 2009

Melabur Melalui Akaun Emas GSPA


Selain dari menyimpan / melabur emas melalui emas fizikal, penyimpan / pelabur boleh membuat simpanan atau pelaburan melalui akaun pelaburan emas GSPA – Gold Saving Passbook Account. Akaun pelaburan emas GSPA boleh dibuat dimana-mana cawangan Maybank yang berdekatan. Jika akaun simpanan biasa, pendeposit memperolihi faedah hasil dari simpanannya setiap tahun, GSPA pula menawarkan keuntungan modal hasil dari kenaikan harga emas dari masa kesemasa.

Untuk menyimpan / melabur melalui GSPA, pendeposit hendaklah membuka akaun GSPA dari mana-mana cawangan Maybank dengan bayaran minima sebanyak 5 gram emas mengikut harga semasa. Tambahan deposit atau pelaburan adalah dengan gandaan 5 gram emas. Akaun pendeposit mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 gram emas setiap masa.

Penjualan boleh dibuat sekurang-kurangnya 5 gram emas atau dengan tambah setiap 1 gram emas. Pembelian dan penjualan akan dicatatkan dalam buku akaun pendeposit. Penjualan emas melalui GSPA akan ditukar kepada Ringgit Malaysia mengikut harga semasa emas.

Gold Savings Passbook

DATE

SELLING (RM/g)

BUYING (RM/g)

24/08/09

110.70

105.10


Harga emas GSPA pada hari ini ialah RM110.70/gm (harga kita beli) dan RM105.10/gm (harga kita jual). Berdasarkan harga diatas dan kita membuka akaun GSPA pada hari ini, berapa minima wang diperlukan.

RM110.70 x 5gm = RM553.50 <--- kos minima buka akaun GSPA

Bila harga emas naik dan pendeposit ingin menjualnya untuk mendapatkan untong, pendeposit hendaklah menjual minima 5 gram emas atau tambahan setiap 1 gram emas dan dalam masa yang sama sekurang-kurangnya 1 gram emas mesti berbaki didalam akaun. Oleh itu adalah lebih baik pendeposit membuka akaun itu dengan 6 gram emas.

RM110.70 x 6gm = RM664.20

Berdasarkan harga diatas berapakah spread (perbezaan harga beli / jual). Dengan mengetahui spread dapatlah kita menetapkan berapakah harga yang sepatut dijual dan berapakah keuntungannya.

RM110.70 – RM105.10 = RM5.60 – 5.05% <--- spread

Spread sebanyak RM5.60 atau 5.05%. Secara ringkasnya kita memerlukan kenaikan sebanyak RM5.60, baru pulang modal, kenaikan seterusnya barulah sebagai untong.

Pandangan peribadi:
- salah satu cara simpanan yang selamat
- spread yang tinggi 5.05% - sukar buat untong
- tidak boleh dipajak jika memerlukan wang sementara

Untuk maklumat terperinci sila lawati website Maybank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan