Isnin, 7 September 2009

Buat Duit Dengan Maple Leaf Coin

Syiling emas Maple Leaf boleh dibeli / dijual melalui UOB. Selain dari Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion juga boleh diperolihi dari UOB. UOB menjual / membeli emas pelaburan dari luar Negara termasuk Kinebar dan Pamp Gold dari Swiss. Anda boleh memilih coin yang anda suka kerana harganya adalah sama walaupun Negara pengeluar coin tersebut berbeza.


Bagaimana membuat keuntungan dengan jual beli emas pelaburan Maple Leaf. Faktor utama untuk membolehkan membuat untung ialah naik turun harga emas itu sendiri, disamping faktor spread bagi emas berkenaan. Kita lihat harga Maple Leaf 1oz pada 04/09/2009 sebagai contoh. Saiz 1oz dapat memaksiman keuntungan berbanding dengan saiz kecil.


Gold Coins UOB

Weight

Gold Type

Bank Selling

(RM)

Bank Buying

(RM)

Spread

%

1oz

Maple Leaf

3625

3540

85

2.34

1oz

Aust Nugget

3625

3540

85

2.34

1oz

S'pore Lion

3625

3540

85

2.34


Selling – ini harga kita beli dari UOB

Buying – ini harga kita jual balik kepada UOB

Spread – perbezaan harga jual/beli


Mengikut rekod harga tahun 2009 yang ada didalam simpanan saya, harga dalam bulan April dan Mei adalah harga yang terendah. Contoh dibawah ialah pembelian yang dibuat pada tarikh-tarikh yang berlainan dan harganya juga berlainan. Jumlah pembelian keseluruhan ialah RM13,233. Purata harga untuk 1oz ialah RM3301


Jadual Buy/Sell

Buy/Sell

Tarikh

Price

RM

%

Buy

07/04/09

3279


Buy

10/04/09

3322


Buy

20/04/09

3310


Buy

04/05/09

3292


Jumlah


13233


Purata 1oz


3301


Sell

04/09/09

3540


Profit 1oz


239

7.24%

Spread 1 oz


85

2.57%

Nett Profit 1oz


154

4.66%

Total Profit


616

4.66%


Dari catatan diatas penjualan dibuat pada 04/09/09. Harga buy ialah RM3625 dan sell RM3540. Penjualan adalah mengikut harga sell RM3540. Perbezaan diantara harga buy/sell ini dinamakan spread. Hasil dari penjualan tersebut keuntungan yang diperoli adalah sebanyak RM616 dalam tempuh -+5 bulan. Walau bagaimana pun semua ini bergantung kepada pasaran semasa. Carta emas antarabangsa boleh dilihat dari web kitco.


Semoga catatan ini dapat memberi sedikit panduan untuk pelaburan anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan