Sabtu, 8 Januari 2011

Carta Emas Turun

Carta emas sedang menjunam. Carta tertinggi sebelum ini ialah pada 3 Januari 2011 iaitu pada paras USD1424.20. Pada hari yang sama juga pasaran telah bertukar arah dan terus menjunam sehingga hari ini 7 Januari 2011 dan ditutup pada paras USD1369.80. Turun sebanyak USD54.40 dalam tempuh 5 hari berturut-turut.

Sehubungan dengan penurunan pasaran emas antarabangsa, harga emas tempatan juga turut menurun. Sebagai contoh mari kita lihat harga Dinar Kelantan pada 7 Januari 2011.

DINAR KELANTAN
DINAR SELLING BUYING
8 Dinar RM5,120 RM4,608
5 Dinar RM3,200 RM2,880
2 Dinar RM1,280 RM1,152
1 Dinar RM640 RM576
1/2 Dinar RM320 RM288
1/4 Dinar RM160 RM144


Apa perlu dibuat sekarang???
Bagi saya kejatuhan ini adalah satu peluang. Ambil peluang untuk menambah simpanan/koleksi ketika harga rendah. Ketika inilah digunakan khidmat arrahnu untuk mendapatkan sebahagian dari modal dan hasilnya beli emas/dinar tambah aset yang sedia ada.

Beli berperingkat-peringkat ketika harga rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan