Memaparkan catatan dengan label Dirham Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dirham Perak. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Dinar Kelantan Dan Dirham (Perak) - Keluaran Terbaru

Dinar Kelantan telah melancarkan penjualan Gold Dinar dan Dirham (Perak) keluaran terbaru pada 12 Ogos 2010. Reka bentuk yang menarik dan dikeluarkan dalam dinominasi 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar.



Harga Gold Dinar yang ditawarkan ialah:
1/2 Dinar :: RM 294.50
1 Dinar :: RM 589.00
2 Dinar :: RM 1,178
5 Dinar :: RM 2,945
8 Dinar :: RM 4,712

Dalam masa yang sama Dinar Kelantan juga mengeluarkan Dirham (perak). Reka bentuknya sama sebagaimana Gold Dinar. Dirham dikeluarkan dalam dinominasi 1 dirham, 2 dirham, 5 dirham, 10 dirham dan 20 dirham.

Harga Dirham yang diwarkan ialah:
1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260

Gold Dinar dan Dirham ini ditempah dari Islamic Mint.

Jom tambah koleksi Dinar dan Dirham.....

Isnin, 7 Disember 2009

Difinasi Dinar Emas dan Dirham Perak

Berdasarkan Hukum Syari’ah Islam…
Dinar Emas Islam memiliki kadar 22 karat emas (917) dengan berat 4.25 gram.
Dirham Perak Islam memiliki kadar perak tulin(999) dengan berat 2.975 gram.
Khalifah Umar ibn Khattab menentukan standard antara keduanya berdasarkan beratnya masing-masing:
“7 dinar harus setara dengan 10 dirham.”

Wahyu menyatakan mengenai Dinar Dirham dan banyak sekali hukum hukum yang terkait dengannya seperti zakat, pernikahan, hudud dan lain sebagainya. Sehingga dalam Wahyu Dinar Dirham memiliki tingkat realiti dan ukuran tertentu sebagai standard pengiraan (untuk Zakat dan lain sebagainya) dimana sebuah keputusan dapat diukurkan kepadanya dibandingkan dengan alat tukar lainnya.

Telah menjadi ijma ulama sejak awal Islam dan pada masa para Sahabat dan Tabi’in bahwa Dirham menurut syari’ah adalah seberat 10 dirham

Apa saja kegunaan Dinar Islam?
  • Dapat digunakan sebagai simpanan, pelaburan, penyimpan nilai
  • Dapat digunakan sebagai pembayar zakat dan mas kahwin sebagaimana telah disyaratkan oleh Syari’ah Islam
  • Dapat digunakan untuk perniagaan sebagai alat tukaran yang sah