Memaparkan catatan dengan label Dinar Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dinar Emas. Papar semua catatan

Selasa, 8 Jun 2010

Simpanan Dengan Dinar Emas

Carta emas kitco meningkat kepada USD1247.00 pada hari ini 8 Jun 2010. Sehubungan dengan itu harga Kijang Emas 1oz telah meningkat kepada RM4376.00. Jika diimbas kembali harga Kijang Emas 1oz pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00. Kenaikan sebanyak RM3294.00 dalam tempuh lebih kurang 10 tahun. Peratus kenaikan ialah sebanyak 304.43%. Purata kenaikan setahun ialah 30.44%.

Mungkin ada diantara pelawat blog ini yang membuat simpanan 1 dinar sebulan, ini bermakna beliau dapat mengumpulkan 12 dinar dalam tempuh setahun. Tahniah kepada sesiapa yang dapat berbuat demikian.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, bolehlah membeli dan menyimpan 1 dinar dalam masa 2 bulan atau 1 dinar dalam masa 3 bulan. Jika 2 bulan 1 dinar, bermakna 6 dinar dapat dikumpulkan dalam tempuh setahun. Jika 3 bulan 1 dinar, bermakna 4 dinar dapat dikumpulkan dalam tempuh setahun.

Dengan mengandaikan kenaikan harga emas 30% setahun, bermakna 150% kenaikan untuk lima tahun akan datang. Dengan mengambilkira masa pembelian tidak tepat pada harga rendah dan penjualan juga tidak tepat pada harga tinggi, mari kita andaikan kenaikan tahunan sebanyak 15%, dengan harga 1 dinar = RM600 sekarang.

A: RM600 x 12 = RM7200 setahun / RM600 = 12 dinar
B: RM300 x 12 = RM3600 setahun / RM600 = 6 dinar
C: RM200 x 12 = RM2400 setahun / RM600 = 4 dinar

Tahun || Harga || Jumlah || Kuantiti || Lebihan Wang
tahun 1 || 600 || 7200 || 12 dinar || -
tahun 2 || 690 || 6900 || 10 dinar || 300
tahun 3 || 793 || 7137 || 9 dinar || 363
tahun 4 || 912 || 7296 || 8 dinar || 267
tahun 5 || 1049 || 7343 || 7 dinar || 124

A menyimpan 46 dinar x RM1049 = RM48,254 + RM124 = RM48,378
Wang yang diperlukan RM600 sebulan x 12 x 5 tahun = RM36,000

Tahun || Harga || Jumlah || Kuantiti || Lebihan Wang
tahun 1 || 600 || 3600 || 6 dinar || -
tahun 2 || 690 || 3450 || 5 dinar || 150
tahun 3 || 793 || 3172 || 4 dinar || 578
tahun 4 || 912 || 3648 || 4 dinar || 530
tahun 5 || 1049 || 3147 || 3 dinar || 983

B dapat menyimpan 22 dinar x RM1049 = RM23,078 + RM983 = RM24,061
Wang diperlukan RM300 x 12 x 5 tahun = RM18,000

Tahun || Harga || Jumlah || Kuantiti || Lebihan Wang
tahun 1 || 600 || 2400 || 4 dinar || -
tahun 2 || 690 || 2070 || 3 dinar || 330
tahun 3 || 793 || 2379 || 3 dinar || 351
tahun 4 || 912 || 2736 || 3 dinar || 15
tahun 5 || 1049 || 2098 || 2 dinar || 317

C dapat menyimpan 15 dinar x RM1049 = RM15,735 + RM317 = RM16,052
Wang diperlukan RM200 x 12 x 5 tahun = RM12,000

Teruskan menyimpan dengan dinar.

Sabtu, 22 Mei 2010

Carta Emas Kitco Menurun

Harga emas jatuh - down trend sepanjang minggu ini. Carta emas kitco ditutup pada USD1177.00 pada hari Jumaat lepas 21 Mei 2010. Kejatuhan bermula dari 13 Mei 2010 sehingga 21 Mei 2010. Kejatuhan ini memberi peluang kepada penyimpan/pelabur untuk menambah aset ketika harga rendah.

Kemungkinan kejatuhan ini akan berterusan sebelum naik semula. Kesempatan ini boleh digunakan untuk membeli dinar/emas tambah aset. Adalah disarankan untuk membeli secara beransur-ansur bagi mereka yang kurang mahir dengan carta emas. Bagi mereka yang mahir bolehlah menunggu sehingga harga emas betul-betul diparas bawah.

Harga tertinggi pada 13 Mei 2010 USD1224.00 menurun kepada USD1177.00. Penurunan sebanyak USD47.00.

Simpan dinar/emas untuk mengelakkan susut nilai berbanding dengan simpanan dengan wang tunai.

Ahad, 2 Mei 2010

Pergerakan Harga Emas April 2010

Pergerakan harga emas untuk bulan April 2010 menunjukkan peningkatan dari USD1086.00 kepada USD1179.00. Kenaikan sebanyak USD93.00. Walaupun berlaku penurunan harga, tetapi kenaikan harga dapat mengatasi penurunan harga dan ditutup pada 30 April 2010 dengan USD1179.00.

Pergerakan harga emas boleh dilihat dari carta kitco diatas.

Jika dilihat dari carta kitco sepanjang tahun, trend menurun (down trend) sepanjang bulan Januari sehingga 5 Februri 2010. Bermula dari 5 Februari 2010, trend menaik (up trend) sehingga sekarang. Harga emas pada 5 Februari 2010 ialah USD1058.00, mula naik walaupun berlaku penurunan harga, tetapi kenaikan harga melebihi penurunan dan berjaya mencatatkan kenaikan harga USD1179.00 pada 30 April 2010. Kenaikan sebanyak USD121.00.

Untuk makluman trend sekarang sedang menaik - up-trend...... bermula dari 5 Februari 2010. Harga terendah tahun 2010 ialah USD1058 pada 5 Februari 2010.

Bagaimana dengan trend untuk Mei 2010..... sama-samalah kita tunggu dan lihat......

Carta emas kitco Januari 2010 hingga Mac 2010 > disini

Jumaat, 15 Januari 2010

Dinar Emas 916

Terdapat tiga Dinar Emas (Gold Dinar 916) yang berada dipasaran, iaitu Dinar Kelantan (DK), Dinar Muslim (DM) dan Dinar Public (PD). Saiz yang berbeza-beza, begitu juga dengan harga premium dan spread yang berbeza-beza. Sedia maklum bahawa emas bukanlah barang kawalan, jadi setiap pengeluar bebas menetapkan harga jual/beli masing-masing.

DINAR KELANTAN
Dikeluarkan oleh Perbadanan Kelantan Berhad (PKB). Terdapat empat saiz dinar dikeluarkan iaitu 2DK, 1DK, 1/2DK dan 1/4DK. Untuk melihat harga semasa, sila lawat web Dinarkel. Harga Dinar Kelantan di update sekali sehari disebelah pagi. Berikut adalah harga pada Jumaat lepas:

2DK - RM1071 / RM956
1DK - RM542 / RM484
1/2DK - RM277 / RM247
1/4DK - RM145 / RM129

DINAR MUSLIM
Dikeluarkan oleh Emirates Gold (DMCC) Dubai. Dinar Muslim dipasarkan oleh Nubex syarikat bumiputra tempatan. Dinar Muslim terdapat dalam tiga saiz iaitu 1DM, 1DM dan 8DM. Untuk melihat harga semasa atau pesanan online, sila lihat web Nubex. Pembelian secara online dikenakan bayaran tambahan kos pos dan insuran. Untuk melihat harga buy back, sila klik pada item. Harga di update setiap 2 minit. Berikut adalah harga terkini Dinar Muslim:

1DM - RM547.97 / RM515.09
2DM - RM1078.48 / RM1013.77
8DM - RM4280.38 / RM1023.56

DINAR PUBLIC
Dikeluarkan oleh Public Gold International yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Dinar Public terdapat dalam tiga saiz iaitu 1DP, 5DP dan 10DP. Harga semasa di update setiap 20 minit. Untuk melihat harga sema, sila lihat web Public Dinar. Public Dinar boleh didapati dari ibu pejabat, pejabat cawangan atau melalui dealer yg terdapat diseluruh Malaysia. Senarai nama-nama dealer boleh dilihat dari web syarikat. Berikut adalah harga terkini Dinar Public:

1PD - RM563 / RM529
5PD - RM2803 / RM2649
10PD - RM5582 / RM5303

HARGA PREMIUM
Perbandingan harga premium untuk ketiga-tiga dinar emas:

1DK - RM542 / 4.25g = RM127.59g <- premium rendah
1DM - RM547.97 / 4.25g = RM128.93
1PD - RM563 / 4.25g = RM132.47g

Dari perbandingan diatas, dapat dilihat bahawa harga premium Dinar Kelantan yang paling rendah. Premium untuk saiz besar lebih rendah dari saiz kecil. Bagaimana pula dengan spread:

SPREAD
Perbandingan spread untuk ketiga-tiga dinar emas:

1DK - RM542 / RM484 - spread RM58 (10.7%)
1DM - RM547.97 / RM515.09 - spread RM32.88 (6.0%) - spread rendah
1PD - RM563 / RM529 - spread RM34 (6.04%)

Dapat dilihat bahawa Dinar Muslim adalah spread yang terendah.

Pelabur menitik beratkan harga premium dan spread kerana mereka menyimpan/melabur dalam jumlah yang banyak. Harga premium yang rendah bermakna mereka dapat membeli lebih gram dengan jumlah ringgit yang sama. Spread yang rendah, sedikit sahaja kenaikan harga emas, mereka sudah dapat membuat keuntungan.

Isnin, 7 Disember 2009

Difinasi Dinar Emas dan Dirham Perak

Berdasarkan Hukum Syari’ah Islam…
Dinar Emas Islam memiliki kadar 22 karat emas (917) dengan berat 4.25 gram.
Dirham Perak Islam memiliki kadar perak tulin(999) dengan berat 2.975 gram.
Khalifah Umar ibn Khattab menentukan standard antara keduanya berdasarkan beratnya masing-masing:
“7 dinar harus setara dengan 10 dirham.”

Wahyu menyatakan mengenai Dinar Dirham dan banyak sekali hukum hukum yang terkait dengannya seperti zakat, pernikahan, hudud dan lain sebagainya. Sehingga dalam Wahyu Dinar Dirham memiliki tingkat realiti dan ukuran tertentu sebagai standard pengiraan (untuk Zakat dan lain sebagainya) dimana sebuah keputusan dapat diukurkan kepadanya dibandingkan dengan alat tukar lainnya.

Telah menjadi ijma ulama sejak awal Islam dan pada masa para Sahabat dan Tabi’in bahwa Dirham menurut syari’ah adalah seberat 10 dirham

Apa saja kegunaan Dinar Islam?
  • Dapat digunakan sebagai simpanan, pelaburan, penyimpan nilai
  • Dapat digunakan sebagai pembayar zakat dan mas kahwin sebagaimana telah disyaratkan oleh Syari’ah Islam
  • Dapat digunakan untuk perniagaan sebagai alat tukaran yang sah

  • Selasa, 13 Oktober 2009

    Dinar Emas

    Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

    Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.

    Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
    ‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

    Dinar adalah matawang Sunah dan dibawah ini adalah kebaikan-kebaikannya:
    • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
    • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
    • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
    • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
    • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
    • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
    • Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
    • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
    • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.

    • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.

    • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.

    • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

    • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.
    Nota: artikel ini diambil dari Wikipedia

    Jumaat, 4 September 2009

    Buat Duit Dengan Public Dinar

    Emas memang menguntungkan jika disimpan untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Perkara ini telah dibincangkan melalui catatan saya yang lepas-lepas. Disini saya akan tunjukkan bahagaimana membuat keuntungan dalam masa yang singkat melalui jual beli Dinar Public.


    Kenaikan dan penurunan harga adalah menjadi faktor penting untuk membolehkan anda membuat untung.

    Spread juga menjadi salah satu faktor yang harus diambilkira. Berapakah spred Dinar Public. Kita lihat harga Dinar Public pada hari ini 04/09/09:


    Public Dinar 04/09/09

    Dinar

    Selling Price

    Buying Price

    Spread

    %

    1 dinar

    RM497.00

    RM467.00

    30

    6.04%

    5 dinar

    RM2476.00

    RM2340.00

    136

    5.49%

    10 dinar

    RM4929.00

    RM4683.00

    246

    5.00%


    Spread disekitar 5% - 6% bergantong kepada saiz dinar. Saiz besar lebih menguntungkan berbanding dengan saiz kecil. Untuk memaksiman keuntungan, pilih saiz besar.


    Mari kita ambil contoh 1 dinar dengan spreadnya 6%. Dengan menetapkan margin kenaikan sebanyak 10%, setelah ditolak spread 6%, keuntungan yang bakal diraih ialah -+4%.


    Beli pada 06/04/09: RM444

    Spread 6%: RM27

    Jual pada 01/06/09: RM487

    Kenaikan: RM43 – 9.68%

    Kauntungan: RM43 – RM27 = RM16

    Tempuh: 55 hari


    Beli pada 04/05/09: RM448

    Spread 6% RM27

    Jual pada 04/09/09: RM497

    Kenaikan: RM49 – 9.85%

    Keuntungan: RM49 – RM27 = RM22

    Tempuh: 150 hari

    Keuntungan sejauh ini: RM16 + RM22 = RM38 (8.52%)


    Ataupun anda membeli pada 06/04/09 RM444 dan membeli lagi pada 04/05/09 RM448. Jumlah pembelian anda ialah RM892 untuk 2 dinar. Purata pembelian 1 dinar ialah RM446.


    Beli pada 06/04/09: RM444

    Beli pada 04/05/09: RM448

    Jumlah pembelian: RM892

    Purata pembelian 1 dinar: RM892 / 2 = RM446

    Spread 6% RM27

    Jual pada: 04/09/09: RM497

    Kenaikan: RM51 – 11.43%

    Keuntungan: RM51 – RM27 = RM24 x 2 = RM48 (10.76%)


    Kedua-dua teknik diatas boleh digunakan mengikut situasi pasaran. Teknik pertama untuk mereka yang kurang mudal dan teknik kedua untuk mereka yang cukup modal. Peratus keuntungan sebanyak 8.52% atau 10.76% adalah cukup memberansangkan cuma dalam tempuh -+ 5 bulan. Semua ini bergantung kepada keadaan pasaran semasa.


    Semoga teknik-teknik ini dapat memberi sedikit panduan untuk pelaburan anda.


    Isnin, 31 Ogos 2009

    Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan


    KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.

    Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.

    Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

    Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

    Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu.

    Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.

    Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004.

    Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu.

    Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC.

    Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan.

    Husam juga berkata, meskipun baru sekarang kerajaan menyedari kepentingan penggunaan dinar emas sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang, namun ujarnya Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan penggunaan dinar emas.

    "Walaupun dia terlambat tapi saya alu-alukan dan kelantan bersetuju untuk beri kerjasama untuk membolehkan wang dinar ni berkembang lagi," jarnya.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

    Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahabudin Yahya pada majlis perasmian Sminar antarabnagsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi Khamis lalu.

    Ini sekaligus menunjukkan apa yang telah dipraktikkan oleh Kerajaan Kelantan ternyata membawa kebaikan dan turut diakui oleh kerajaan pusat.

    Sumber: Harakah Daily.net - Hazayani Zakaria
    Sun | Aug 30, 09 | 11:55:33 am MYT