Memaparkan catatan dengan label Gold Dinar 916. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gold Dinar 916. Papar semua catatan

Selasa, 8 Jun 2010

Simpanan Dengan Dinar Emas

Carta emas kitco meningkat kepada USD1247.00 pada hari ini 8 Jun 2010. Sehubungan dengan itu harga Kijang Emas 1oz telah meningkat kepada RM4376.00. Jika diimbas kembali harga Kijang Emas 1oz pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00. Kenaikan sebanyak RM3294.00 dalam tempuh lebih kurang 10 tahun. Peratus kenaikan ialah sebanyak 304.43%. Purata kenaikan setahun ialah 30.44%.

Mungkin ada diantara pelawat blog ini yang membuat simpanan 1 dinar sebulan, ini bermakna beliau dapat mengumpulkan 12 dinar dalam tempuh setahun. Tahniah kepada sesiapa yang dapat berbuat demikian.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, bolehlah membeli dan menyimpan 1 dinar dalam masa 2 bulan atau 1 dinar dalam masa 3 bulan. Jika 2 bulan 1 dinar, bermakna 6 dinar dapat dikumpulkan dalam tempuh setahun. Jika 3 bulan 1 dinar, bermakna 4 dinar dapat dikumpulkan dalam tempuh setahun.

Dengan mengandaikan kenaikan harga emas 30% setahun, bermakna 150% kenaikan untuk lima tahun akan datang. Dengan mengambilkira masa pembelian tidak tepat pada harga rendah dan penjualan juga tidak tepat pada harga tinggi, mari kita andaikan kenaikan tahunan sebanyak 15%, dengan harga 1 dinar = RM600 sekarang.

A: RM600 x 12 = RM7200 setahun / RM600 = 12 dinar
B: RM300 x 12 = RM3600 setahun / RM600 = 6 dinar
C: RM200 x 12 = RM2400 setahun / RM600 = 4 dinar

Tahun || Harga || Jumlah || Kuantiti || Lebihan Wang
tahun 1 || 600 || 7200 || 12 dinar || -
tahun 2 || 690 || 6900 || 10 dinar || 300
tahun 3 || 793 || 7137 || 9 dinar || 363
tahun 4 || 912 || 7296 || 8 dinar || 267
tahun 5 || 1049 || 7343 || 7 dinar || 124

A menyimpan 46 dinar x RM1049 = RM48,254 + RM124 = RM48,378
Wang yang diperlukan RM600 sebulan x 12 x 5 tahun = RM36,000

Tahun || Harga || Jumlah || Kuantiti || Lebihan Wang
tahun 1 || 600 || 3600 || 6 dinar || -
tahun 2 || 690 || 3450 || 5 dinar || 150
tahun 3 || 793 || 3172 || 4 dinar || 578
tahun 4 || 912 || 3648 || 4 dinar || 530
tahun 5 || 1049 || 3147 || 3 dinar || 983

B dapat menyimpan 22 dinar x RM1049 = RM23,078 + RM983 = RM24,061
Wang diperlukan RM300 x 12 x 5 tahun = RM18,000

Tahun || Harga || Jumlah || Kuantiti || Lebihan Wang
tahun 1 || 600 || 2400 || 4 dinar || -
tahun 2 || 690 || 2070 || 3 dinar || 330
tahun 3 || 793 || 2379 || 3 dinar || 351
tahun 4 || 912 || 2736 || 3 dinar || 15
tahun 5 || 1049 || 2098 || 2 dinar || 317

C dapat menyimpan 15 dinar x RM1049 = RM15,735 + RM317 = RM16,052
Wang diperlukan RM200 x 12 x 5 tahun = RM12,000

Teruskan menyimpan dengan dinar.

Jumaat, 15 Januari 2010

Dinar Emas 916

Terdapat tiga Dinar Emas (Gold Dinar 916) yang berada dipasaran, iaitu Dinar Kelantan (DK), Dinar Muslim (DM) dan Dinar Public (PD). Saiz yang berbeza-beza, begitu juga dengan harga premium dan spread yang berbeza-beza. Sedia maklum bahawa emas bukanlah barang kawalan, jadi setiap pengeluar bebas menetapkan harga jual/beli masing-masing.

DINAR KELANTAN
Dikeluarkan oleh Perbadanan Kelantan Berhad (PKB). Terdapat empat saiz dinar dikeluarkan iaitu 2DK, 1DK, 1/2DK dan 1/4DK. Untuk melihat harga semasa, sila lawat web Dinarkel. Harga Dinar Kelantan di update sekali sehari disebelah pagi. Berikut adalah harga pada Jumaat lepas:

2DK - RM1071 / RM956
1DK - RM542 / RM484
1/2DK - RM277 / RM247
1/4DK - RM145 / RM129

DINAR MUSLIM
Dikeluarkan oleh Emirates Gold (DMCC) Dubai. Dinar Muslim dipasarkan oleh Nubex syarikat bumiputra tempatan. Dinar Muslim terdapat dalam tiga saiz iaitu 1DM, 1DM dan 8DM. Untuk melihat harga semasa atau pesanan online, sila lihat web Nubex. Pembelian secara online dikenakan bayaran tambahan kos pos dan insuran. Untuk melihat harga buy back, sila klik pada item. Harga di update setiap 2 minit. Berikut adalah harga terkini Dinar Muslim:

1DM - RM547.97 / RM515.09
2DM - RM1078.48 / RM1013.77
8DM - RM4280.38 / RM1023.56

DINAR PUBLIC
Dikeluarkan oleh Public Gold International yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Dinar Public terdapat dalam tiga saiz iaitu 1DP, 5DP dan 10DP. Harga semasa di update setiap 20 minit. Untuk melihat harga sema, sila lihat web Public Dinar. Public Dinar boleh didapati dari ibu pejabat, pejabat cawangan atau melalui dealer yg terdapat diseluruh Malaysia. Senarai nama-nama dealer boleh dilihat dari web syarikat. Berikut adalah harga terkini Dinar Public:

1PD - RM563 / RM529
5PD - RM2803 / RM2649
10PD - RM5582 / RM5303

HARGA PREMIUM
Perbandingan harga premium untuk ketiga-tiga dinar emas:

1DK - RM542 / 4.25g = RM127.59g <- premium rendah
1DM - RM547.97 / 4.25g = RM128.93
1PD - RM563 / 4.25g = RM132.47g

Dari perbandingan diatas, dapat dilihat bahawa harga premium Dinar Kelantan yang paling rendah. Premium untuk saiz besar lebih rendah dari saiz kecil. Bagaimana pula dengan spread:

SPREAD
Perbandingan spread untuk ketiga-tiga dinar emas:

1DK - RM542 / RM484 - spread RM58 (10.7%)
1DM - RM547.97 / RM515.09 - spread RM32.88 (6.0%) - spread rendah
1PD - RM563 / RM529 - spread RM34 (6.04%)

Dapat dilihat bahawa Dinar Muslim adalah spread yang terendah.

Pelabur menitik beratkan harga premium dan spread kerana mereka menyimpan/melabur dalam jumlah yang banyak. Harga premium yang rendah bermakna mereka dapat membeli lebih gram dengan jumlah ringgit yang sama. Spread yang rendah, sedikit sahaja kenaikan harga emas, mereka sudah dapat membuat keuntungan.