Isnin, 31 Ogos 2009

Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan


KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.

Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.

Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu.

Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.

Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004.

Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu.

Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC.

Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan.

Husam juga berkata, meskipun baru sekarang kerajaan menyedari kepentingan penggunaan dinar emas sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang, namun ujarnya Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan penggunaan dinar emas.

"Walaupun dia terlambat tapi saya alu-alukan dan kelantan bersetuju untuk beri kerjasama untuk membolehkan wang dinar ni berkembang lagi," jarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahabudin Yahya pada majlis perasmian Sminar antarabnagsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi Khamis lalu.

Ini sekaligus menunjukkan apa yang telah dipraktikkan oleh Kerajaan Kelantan ternyata membawa kebaikan dan turut diakui oleh kerajaan pusat.

Sumber: Harakah Daily.net - Hazayani Zakaria
Sun | Aug 30, 09 | 11:55:33 am MYT

Sedikit Panduan Pelaburan Dinar Emas

Harga terendah sebagai panduan untuk membeli

Harga tertinggi sebagai panduan untuk menjual

Harga-harga dibawah adalah harga pada tahun 2009.

Jika dapat diambil perangkaan untuk tempuh yang lebih lama, lebih baik.


Dinar Kelantan (Perbadanan Kelantan Berhad)

Hi / Low

Tarikh

¼ dinar

½ dinar

1 dinar

2 dinar

Tertinggi

24/03/09

131.50

250.00

488.00

963.10

Terendah

07/04/09

121.60

230.30

448.60

884.10

Terkini

28/08/09

129.00

245.00

477.00

942.00







Dinar Public (Public Fine Gold International)

Hi / Low

Tarikh

1 dinar

5 dinar

10 dinar

Tertinggi

20/03/09

498.00

2477.00

4931.00

Terendah

06/04/09

444.00

2208.00

4396.00

Terkini

28/08/09

477.00

2376.00

4730.00


Spread yang rendah dapat memaksikan keuntungan.

Saiz besar lebih menguntungkan berbanding saiz kecil


Dinar Kelantan (Perbadanan Kelantan Berhad)


Selling

Buying

Spread

%

2 dinar

RM942.00

RM856.00

RM86

9.13

1 dinar

RM477.00

RM434.00

RM43

9.01

½ dinar

RM245.00

RM222.00

RM23

9.39

¼ dinar

RM129.00

RM117.00

RM12

9.30

Last update 28/08/2009


Public Dinar (Public Fine Gold International)


Selling

Buying

Spread

%

1 dinar

RM 477.00

RM 448.00

RM29

6.07

5 dinar

RM 2376.00

RM 2245.00

RM131

5.51

10 dinar

RM 4730.00

RM 4494.00

RM236

4.98

Last update 28/08/2009


Semoga catatan ringkas ini dapat memberi sedikit panduan untuk membuat pilihan bagi memaksimakan keuntungan pelaburan anda

Jumaat, 28 Ogos 2009

Melabur Melalui Akaun Emas GIA

Selain dari pelaburan melalui emas fizikal, pelabur juga boleh membuat pelaburan melalui Akaun Pelaburan Emas GIA – Gold Investment Account. Produk ini adalah dari Public Bank. Sebagaimana GSPA dari Maybank, GIA juga mengagihkan keuntungan modal melalui kenaikan harga emas semasa. Akaun pelaburan emas GIA dan GSPA bolehlah dikatakan pelaburan emas elektronik.


Untuk melabur melalui GIA, pendeposit bolehlah membuka akaun GIA dari mana-mana cawangan Public Bank yang berdekatan.


Membuka akaun GIA:

- pendeposit hendaklah membeli sekurang-kurangnya 20 gram emas, mengikut harga emas semasa


Baki akaun:

- baki minimum akaun hendaklah tidak kurang dari 2 gram emas


Pembelian/Penjualan:

- pembelian dan penjualan hendaklah sekurang-kurangnya 5 gram emas atau tambahan setiap 1 gram emas


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html


Harga harian emas GIA boleh dilihat dari website Public Bank http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html


Harga emas GIA hari ini ialah:


Gold Investment Account as at 28/08/09 3:52 PM

GIA

Selling Price

Buying Price

1 gram

RM 110.4500

RM 106.1500


Jika pendeposit membuka akaun GIA pada hari ini, deposit minima yang mesti dibuat ialah RM110.45 x 20 gram = RM2,540.35.


Perbezaan harga jualan dan belian balik ialah RM110.45 – RM106.15 = RM4.30 – 3.89%. Spread yang rendah ini membuatkan GIA lebih mendapat sambutan berbanding GSPA dari Maybank.


Pandangan peribadi:

- salah satu cara simpanan yang selamat

- spread rendah lebih baik dari GSPA

- emas eletronik tidak boleh dipajak bila memerlukan wang sementara


Isnin, 24 Ogos 2009

Melabur Melalui Akaun Emas GSPA


Selain dari menyimpan / melabur emas melalui emas fizikal, penyimpan / pelabur boleh membuat simpanan atau pelaburan melalui akaun pelaburan emas GSPA – Gold Saving Passbook Account. Akaun pelaburan emas GSPA boleh dibuat dimana-mana cawangan Maybank yang berdekatan. Jika akaun simpanan biasa, pendeposit memperolihi faedah hasil dari simpanannya setiap tahun, GSPA pula menawarkan keuntungan modal hasil dari kenaikan harga emas dari masa kesemasa.

Untuk menyimpan / melabur melalui GSPA, pendeposit hendaklah membuka akaun GSPA dari mana-mana cawangan Maybank dengan bayaran minima sebanyak 5 gram emas mengikut harga semasa. Tambahan deposit atau pelaburan adalah dengan gandaan 5 gram emas. Akaun pendeposit mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 gram emas setiap masa.

Penjualan boleh dibuat sekurang-kurangnya 5 gram emas atau dengan tambah setiap 1 gram emas. Pembelian dan penjualan akan dicatatkan dalam buku akaun pendeposit. Penjualan emas melalui GSPA akan ditukar kepada Ringgit Malaysia mengikut harga semasa emas.

Gold Savings Passbook

DATE

SELLING (RM/g)

BUYING (RM/g)

24/08/09

110.70

105.10


Harga emas GSPA pada hari ini ialah RM110.70/gm (harga kita beli) dan RM105.10/gm (harga kita jual). Berdasarkan harga diatas dan kita membuka akaun GSPA pada hari ini, berapa minima wang diperlukan.

RM110.70 x 5gm = RM553.50 <--- kos minima buka akaun GSPA

Bila harga emas naik dan pendeposit ingin menjualnya untuk mendapatkan untong, pendeposit hendaklah menjual minima 5 gram emas atau tambahan setiap 1 gram emas dan dalam masa yang sama sekurang-kurangnya 1 gram emas mesti berbaki didalam akaun. Oleh itu adalah lebih baik pendeposit membuka akaun itu dengan 6 gram emas.

RM110.70 x 6gm = RM664.20

Berdasarkan harga diatas berapakah spread (perbezaan harga beli / jual). Dengan mengetahui spread dapatlah kita menetapkan berapakah harga yang sepatut dijual dan berapakah keuntungannya.

RM110.70 – RM105.10 = RM5.60 – 5.05% <--- spread

Spread sebanyak RM5.60 atau 5.05%. Secara ringkasnya kita memerlukan kenaikan sebanyak RM5.60, baru pulang modal, kenaikan seterusnya barulah sebagai untong.

Pandangan peribadi:
- salah satu cara simpanan yang selamat
- spread yang tinggi 5.05% - sukar buat untong
- tidak boleh dipajak jika memerlukan wang sementara

Untuk maklumat terperinci sila lawati website Maybank.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Wajarkah Membeli Emas Melalui CC

Credit Card atau Kad Kredit. Persoalan ini sering ditanya kepada saya, adalah tidak adil jika saya menjawabnya ia atau tidak. Jawapan kepada persoalan diatas ada pro dan contra… sebaik-baiknya belilah emas menggunakan tunai, kerana membeli dengan tunai tidak melibatkan apa-apa faedah. Dari sudut security pula lebih baik menggunakan CC, tambahan lagi jumlah pembeliannya besar. Kita lihat satu persatu:


Beli emas guna wang tunai

- ini adalah cara yang menjimatkan, tanpa apa-apa kos tambahan

- jika jumlahnya besar adalah kurang selamat dari sudut keselamatan – security


Beli emas guna hasil pajakan dari ar-rahnu

- upah simpan sebanyak 4.5% untuk tempuh 6 bulan atau 9% setahun


Beli emas guna CC

- faedah CC sebanyak 1.5% sebulan atau 9% untuk 6 bulan atau 18% setahun

- caj tambahan 2% pembelian dari CC


Dari 3 jenis kategori cara pembayaran diatas, pembelian emas menggunakan CC adalah sangat tidak berbaloi…. Nanti dulu, itu bukanlah jawapan muktamat dari persoalan diatas, bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai kemudahan Over Draft. Mereka yang mempunyai kemudahan Over Draft boleh membelinya dengan menggunakan cek. Bagaimana pula jika sekiranya bank-bank atau pengeluar-pengeluar emas tidak menerima cek dalam urusan pembelian emas. Mereka boleh membelinya melalui CC dan pembayaran CC itu dibuat oleh Over Draft. Berapa pula faedah dikenakan keatas Over Draft. (Over Draf akan dibincangkan dilain topic)


Faedah Over Draft

- mengikut kadar faedah pinjaman BLR 5.55% setahun atau lebih rendah. BLR 5.55% bersamaan dengan 0.46% sebulan atau 2.8% untuk 6 bulan. Didalam keadaan ekonomi yang merudum sekarang, ada diantara bank-bank yang menawarkan kadar faedah BLR -1% dan ada yang menawar BLR -1.25%


Kesimpulan yang dapat dibuat ialah:

- beli emas guna wang tunai menjimatkan – jika jumlah pembelian kecil

- beli emas guna Over Draft via CC lebih selamat dan menjimatkan jika dibandingkan dengan beli emas guna hasil pajakan dari ar-rahnu


Prestasi Public Dinar Sebulan

Public Dinar atau Dinar Public adalah coin emas 916 yang dikeluarkan oleh Public Fine Gold International yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Naik turun harga adalah perkara biasa didalam apa sahaja bentuk pelaburan. Bagi pelaburan emas termasuk dinar emas penurunan harga adalah kecil jika dibandingkan dengan kenaikan harganya. Walau bagaimana pun prestasi Dinar Public agak kurang menyengat diakhir-akhir ini. Mari kita lihat prestasinya selama sebulan mulai 14/07/2009 hingga 14/08/2009.

Dinar

Selling Price

Buying Price

1 dinar

RM 470.00

RM 442.00

5 dinar

RM 2342.00

RM 2213.00

10 dinar

RM 4663.00

RM 4430.00

Last updated 14/07/09 3:50 PM


Dinar

Selling Price

Buying Price

1 dinar

RM 479.00

RM 450.00

5 dinar

RM 2385.00

RM 2254.00

10 dinar

RM 4749.00

RM 4512.00

Last updated 14/08/09 3:51 PM


Harga 1 dinar pada 14/07/09 ialah RM470 dan harga 1 dinar pada 14/08/09 ialah RM479, kenaikan sebanyak RM9 sepanjang sebulan, lebih kurang 1.91% sebulan. Jika peratusan ini berterusan selama setahun, bermakna kenaikannya ialah sebanyak 22.92% setahun. Setelah ditolak spread sebanyak 6.05%, keuntungannya ialah sebanyak 16.87%, setelah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%, masih berbaki 14.37%.


Kesimpulannya walaupun kenaikan harga Dinar Public agak kurang menyengat, ia masih dapat membuat untong sebanyak 14.37%. Ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ASB dengan dividen 8.5% setahun, atau AmFlexi dengan 10.2% setahun.