Jumaat, 14 Ogos 2009

Wajarkah Membeli Emas Melalui CC

Credit Card atau Kad Kredit. Persoalan ini sering ditanya kepada saya, adalah tidak adil jika saya menjawabnya ia atau tidak. Jawapan kepada persoalan diatas ada pro dan contra… sebaik-baiknya belilah emas menggunakan tunai, kerana membeli dengan tunai tidak melibatkan apa-apa faedah. Dari sudut security pula lebih baik menggunakan CC, tambahan lagi jumlah pembeliannya besar. Kita lihat satu persatu:


Beli emas guna wang tunai

- ini adalah cara yang menjimatkan, tanpa apa-apa kos tambahan

- jika jumlahnya besar adalah kurang selamat dari sudut keselamatan – security


Beli emas guna hasil pajakan dari ar-rahnu

- upah simpan sebanyak 4.5% untuk tempuh 6 bulan atau 9% setahun


Beli emas guna CC

- faedah CC sebanyak 1.5% sebulan atau 9% untuk 6 bulan atau 18% setahun

- caj tambahan 2% pembelian dari CC


Dari 3 jenis kategori cara pembayaran diatas, pembelian emas menggunakan CC adalah sangat tidak berbaloi…. Nanti dulu, itu bukanlah jawapan muktamat dari persoalan diatas, bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai kemudahan Over Draft. Mereka yang mempunyai kemudahan Over Draft boleh membelinya dengan menggunakan cek. Bagaimana pula jika sekiranya bank-bank atau pengeluar-pengeluar emas tidak menerima cek dalam urusan pembelian emas. Mereka boleh membelinya melalui CC dan pembayaran CC itu dibuat oleh Over Draft. Berapa pula faedah dikenakan keatas Over Draft. (Over Draf akan dibincangkan dilain topic)


Faedah Over Draft

- mengikut kadar faedah pinjaman BLR 5.55% setahun atau lebih rendah. BLR 5.55% bersamaan dengan 0.46% sebulan atau 2.8% untuk 6 bulan. Didalam keadaan ekonomi yang merudum sekarang, ada diantara bank-bank yang menawarkan kadar faedah BLR -1% dan ada yang menawar BLR -1.25%


Kesimpulan yang dapat dibuat ialah:

- beli emas guna wang tunai menjimatkan – jika jumlah pembelian kecil

- beli emas guna Over Draft via CC lebih selamat dan menjimatkan jika dibandingkan dengan beli emas guna hasil pajakan dari ar-rahnu


2 ulasan:

  1. tahniah cdanhash atas artikel ini. selama saya ingat beli emas melalui arahnu lbh utg..

    BalasPadam
  2. paling jimat guna cash la.... itu kalau nak beli sekor kijang ke... kalau nak beli 3, 4 ekor kijang, risau juga bawa cash banyak... kalau yg ada OD boleh beli guna cek... kalau tak hendak terima cek, guna CC... ttp CC tu dibayar dgn OD le... sejauh yg saya tahu Maybank Menara terima CC...

    kalau OD RHB int 4.55%p.a. kalau CIMB 4.25%p.a.

    BalasPadam