Ahad, 30 Mei 2010

Carta Kitco 28 Mei 2010

Carta Kitco ditutup USD1214.30 pada 28 Mei 2010. Naik sebanyak USD34.30 dari minggu lepas USD1180.00. Walau bagaimanapun masih tidak dapat mengatasi kenaikan pada 12 Mei 2010 USD1238.00.

Kadar tukaran wang asing USD3.2940 / USD3.2980.

Sehubungan dengan pengukuhan USD dan kelemahan MYR, kenaikan harga emas tidaklah begitu ketara.

DINAR MUSLIM
1DM - RM586.00 / 544.98
2DM - RM1158.52 / RM1089.01
8DM - RM4598.04 / RM4276.18

DINAR PUBLIC
1DP - RM585.00 / RM550.00
5DM - RM2914.00 / RM2754.00
10DM - RM5802.00 / RM5512.00

DINAR KELANTAN
2DK - RM1129.00 / RM1008.00
1DK - RM571.00 / RM510.00
1/2DK - RM291.00 / RM260.00
1/4DK - RM152.00 / RM136.00

Simpan dinar /emas untuk melindungi aset dari susut nilai, berbanding dengan simpan ringgit.

Sabtu, 22 Mei 2010

Carta Emas Kitco Menurun

Harga emas jatuh - down trend sepanjang minggu ini. Carta emas kitco ditutup pada USD1177.00 pada hari Jumaat lepas 21 Mei 2010. Kejatuhan bermula dari 13 Mei 2010 sehingga 21 Mei 2010. Kejatuhan ini memberi peluang kepada penyimpan/pelabur untuk menambah aset ketika harga rendah.

Kemungkinan kejatuhan ini akan berterusan sebelum naik semula. Kesempatan ini boleh digunakan untuk membeli dinar/emas tambah aset. Adalah disarankan untuk membeli secara beransur-ansur bagi mereka yang kurang mahir dengan carta emas. Bagi mereka yang mahir bolehlah menunggu sehingga harga emas betul-betul diparas bawah.

Harga tertinggi pada 13 Mei 2010 USD1224.00 menurun kepada USD1177.00. Penurunan sebanyak USD47.00.

Simpan dinar/emas untuk mengelakkan susut nilai berbanding dengan simpanan dengan wang tunai.

Sabtu, 8 Mei 2010

Carta Emas Kitco Ditutup Tinggi

Carta emas kitco ditutup pada USD1208.00 pada minggu lepas. Sehubungan dengan kenaikan harga emas antarabangsa, harga emas tempatan juga turut naik. Berikut adalah harga-harga emas terkini:



Canadian Maple Leaf
Saiz || Selling || Buying
one || 4099 || 4014
half || 2104 || 2030
quarter || 1078 || 1028

Kijang Emas Gold Coins
Saiz || Selling || Buying
one || 4212 || 4047
half || 2146 || 2024
quarter || 1093 || 1012

Emirates Gold
Saiz || Selling || Buying
20gm || 2785.26 || 2618.14

Public Gold
Saiz || Selling || Buying
20gm || 2763 || 2597
50gm || 6876 || 6498
100gm || 13,688 || 13,004

Harga-harga Dinar Emas (emas 916 22K)

Dinar Muslim
Saiz || Selling || Buying
1D || 570.79 || 536.55
2D || 1129.46 || 1061.69
8D || 4482.71 || 4213.75

Public Dinar
Saiz || Selling || Buying
1PD || 571 || 537
5PD || 2842 || 2686
8PD || 5659 || 5376

Dinar Kelantan
Saiz || Selling || Buying
+++ harga tidak diperolihi pada hari cuti+++

Simpan emas.... sikit-sikit, lama-lama jadi busut.....

Ahad, 2 Mei 2010

Pergerakan Harga Emas April 2010

Pergerakan harga emas untuk bulan April 2010 menunjukkan peningkatan dari USD1086.00 kepada USD1179.00. Kenaikan sebanyak USD93.00. Walaupun berlaku penurunan harga, tetapi kenaikan harga dapat mengatasi penurunan harga dan ditutup pada 30 April 2010 dengan USD1179.00.

Pergerakan harga emas boleh dilihat dari carta kitco diatas.

Jika dilihat dari carta kitco sepanjang tahun, trend menurun (down trend) sepanjang bulan Januari sehingga 5 Februri 2010. Bermula dari 5 Februari 2010, trend menaik (up trend) sehingga sekarang. Harga emas pada 5 Februari 2010 ialah USD1058.00, mula naik walaupun berlaku penurunan harga, tetapi kenaikan harga melebihi penurunan dan berjaya mencatatkan kenaikan harga USD1179.00 pada 30 April 2010. Kenaikan sebanyak USD121.00.

Untuk makluman trend sekarang sedang menaik - up-trend...... bermula dari 5 Februari 2010. Harga terendah tahun 2010 ialah USD1058 pada 5 Februari 2010.

Bagaimana dengan trend untuk Mei 2010..... sama-samalah kita tunggu dan lihat......

Carta emas kitco Januari 2010 hingga Mac 2010 > disini