Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Ahad, 10 Mei 2009
Gold Coins
Mengumpul syiling emas atau gold coins adalah satu amalan yang menarik dan patut di terokai. Klip video diatas adalah seorang pengumpul syiling emas. Adakah ini akan menjadi hobby anda? Jika jawapannya ya, ia akan menjadi hobby yang sangat berbaloi.... Mengapa saya katakan begitu? Mari kita lihat statistics dari Bank Negara Malaysia:
Harga Kijang Emas 1oz (31.1gram) pada 18/07/2001 = RM1,082
Harga Kijang Emas 1oz (31.1gram) pada 24/04/2009 = RM3,464
Dalam tempuh kurang dari 9 tahun, peningkatan harganya amat ketara sekali. Peningkatannya sebanyak 220.15% atau 24.46% setahun. Samada harga emas meningkat atau nilai ringgit menyusut, saya pulangkan persoalan ini untuk anda menjawabnya.
Mengapa Perlu Menyimpan Emas:
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Mengapa Nilai Ringgit Menyusut?
- Ia terdedah kepada inflasi
- Ia tidak dicagarkan dengan logam bernilai
Simpan ringgit atau emas? Terpulang kepada anda......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
eh.... ada ya dinar kelantan? ini baru saya tahu.
BalasPadamIa Mak Su... yang popular di Malaysia ialah Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas Public...
BalasPadambanyak lagi info emas di http://pang5mato3.blogspot.com/
Oiii, byk nya emas. Cuma BlueHope je yg takde emas utk disimpan.
BalasPadamBluehope... sikit2 lama2 jadi busut... sehari selembar benang, lama2 menjadi T/shirt...
BalasPadam- berazam/bercita2 untuk mendapatkannya (dream)
- tindakan/melakukannya (action)
- istiqamah - lakukannya berterusan
1dinar/bulan x 12 bulan = 12dinar/tahun
12dinar/tahun x 10 tahun = 120dinar/10tahun