Dinar (DEK) | Selling | Buying | Spread |
2 Dinar | 924.40 | 884.40 | 40 |
1 Dinar | 468.70 | 448.70 | 20 |
½ Dinar | 240.30 | 230.30 | 10 |
¼ Dinar | 126.70 | 121.70 | 5 |
Friday, May 15, 2009
Dinar Public (PG) | Selling | Buying | Spread |
1 Dinar | 469 | 441 | 28 |
5 Dinar | 2333 | 2205 | 128 |
10 Dinar | 4645 | 4413 | 232 |
Last updated 15/05/09 3:50 PM
Perbandingan Spread:
1dinar DEK = RM20
1dinar PG = RM28
5dinar PG = RM128 / 5 = RM25.60/dinar
10dinar PG = RM232 / 10 = RM23.20/dinar
Disini dapat dilihat bahawa spred 1dinar DEK lebih rendah berbanding dinar PG. Untuk memaksimakan keuntungan, para pelabur akan memilih spread yang rendah. Malangnya dicawangan Ar-Rahn Jln Raja Laut, Kajang dan Rawang stok 2dinar tidak ada. Dari segi peratusannya, lebih menguntungkan jika membeli 2dinar berbanding 1dinar. Sila lihat perbandingan spread dinar PG bagi 1dinar, 5dinar dan 10dinar. Peratusan spread 10dinar adalah lebih rendah dibandingkan dengan 5dinar dan 1dinar.
Disebelah kiri ialah carta Kitco diambil jam 9.30pm. Carta akan berubah dari masa kesemasa mengikut penawaran dan permintaan.
Semoga catatan ini dapat membantu anda membuat pilihan bagi memaksimakan pelaburan.
thanks..saya tak pernah tahu ttg ni..ini ilmu baru buat saya..Lepas ni saya akan kumpul duit beli dinar emas kelantan pla.
BalasPadamDinar Kelantan ini merupakan hot items... bila harga rendah sikit DK sold out... sebagai alternatif DP, spread tinggi sikit...
BalasPadamNaem... PG yang 2 ketol tu dah boleh rolling dah... tunggu harga rendah, pergi ar-rahnu pajak.. hasil pajakan, beli emas yang baru... bayar bulan2 seolah membeli secara ansoran... ar-rahnu mana nak pilih... sila lihat blog http://pang5mato3.blogspot.com/
saya kurang faham bab pajak2 ni...Jadi nak minta tunjuk ajar yang lebih jelas skit..
BalasPadamSaya beli emas ni sebenarnya ada 5 tujuan :
1) Nak elak rugi inflasi ( simpan wang fiat rugi )
2) Nak kekalkan minimum 6 bulan gaji dlm emas sbg backup
3) Nak melabur ( simpan skit-skit untuk beli apa2 aset nanti mcm hartanah ke)
4) Nak elak beli benda ngarut2 ( doodad )
5) Nak jadikan maskahwin umur 25 nanti.. :-)
Kalau takde keberatan, minta abg cdan huraikan skit ttg teknik pajakan tu..
ps: misi nak kumpul RM200k seblum 2012.Harap2 boleh tercapai
ops...id saya jadi admin plak...Naim
BalasPadamSaya cuba jawab seberapa yang mampu...
BalasPadam1 - Wang fiat adalah matawang yang tidak bersandarkan dengan logam bernilai, jadi nilainya tidak stabil - sila lihat catatan saya "Apakah Ringgit Mempunyai Nilai Yang Kukoh" di blog Pang5
2 - Sebelum ini menyimpan dengan ringgit, sekarang tukarkan simpan dengan emas - ringgit menyusut, emas menaik. Boleh menyimpan 1 dinar setiap bulan, misalnya. Naem sudah memiliki 2pcs gold bar.. bermodalkan emas yang ada sudah boleh mendapatkan emas tambahan.. gunakan khidmat Ar-Rahnu untuk memajak dan hasil pajakan, beli emas tambahan... bayar setiap bulan seolah2 membeli emas secara ansoran... pajak masa harga rendah... masa harga tinggi jual dan ambil untong - sila rujuk "Manafaatkan Emas Dalam Simpanan" diblog Pang5
3 - Modal untuk beli rumah - mungkin catatan saya "MENABONG DENGAN DINAR EMAS" di blog Pang5 dapat memberi sedikit gambaran.
4 - Nak elak benda ngarut - ini yang saya respect Naem... kalau mengumpul dinar sebagai hobi, ia menujadikan hobi yang sangat berbaloi
5 - Maskahwin (mahar) tak mahal, sekarang ini sudah melebihi dari yang sepatutnya... yang mahal hantaran atau belanja hangus
trimas...saya rasa nak pi gadai dlm seminggu 2 ni..tunggu harga rendah skit..
BalasPadamps: kalau gadai 70 gram emas saya tu, arrahnu atau bank akan amek ke? sikit...
sekarang tak sesuai untuk pajak.. sebab market sedang uptrend.. tunggu harga jatuh sikit USD900 mithalnya.. mungkin kita akan terfikir, pajak semasa harga tinggi dapat amount tinggi.. pajak semasa harga rendah dapat amount rendah.. jangan lupa bayaran bulan juga jadi rendah...
BalasPadamcontoh pajakan dengan Ar-Rahnu Agro Bank:
PG 20 gram nilai marhun RM2000 x 70% = RM1400
upah simpan RM0.70/RM100 x RM2000 = RM14 sebulan
ansoran 3 bulan = RM1400/3 = RM467 + RM14 = RM481
PG 50 gram nilai marhun RM5200 x 70% = RM3600
upah simpan RM0.70/RM100 x RM3600 = RM25.20
ansoran 6 bulan RM3600/6 = RM600 + RM25.20 = RM625.20
Hasil pajakan RM3600.. beli Kijang Emas atau Maple Leaf.. Maple Leaf lebih murah dan spread rendah berbanding Kijang Emas. Resit pembelian dan pembungkusan (pakaging) Maple simpan baik2.. OUB tidak akan terima balik jika kedua2 ini tidak dipatuhi... jadi Maple Leaf tak sesuai untuk dipajakkan...
tips:
- Ar-Rahnu margin pinjaman tinggi dan upah simpan rendah - Agro Bank
- Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion dari OUB - harga dan spread rendah, lebih untong
saya ada emel PG utk tanya cara bagaimana diorang kira harga emas berbanding trend dekat Kitco...tapi belum ada jawapan apa2 lagi.
BalasPadamSaya tak berapa faham cara kiraan emas pg terhadap turun naik pasaran.
Saya tengok pada PG punya site, harga dia kdg2 update kdg2 tak..contohnya tempoh hari saya beli emas 50gram pada harga RM5636 pada RM930.xx..esok paginya harga jadi RM 5571 sedangkan data kitco belum berubah ( belian pada hari hujung minggu )..bukan ke hari minggu pasaran emas xdiniagakan di pasaran antarabangsa.
Bro tau tak cara2nya?
ada dua perkara yang patut diberi perhatian:
BalasPadam- harga emas kitco
- tukaran matawang usd dengan ringgit
biasanya lebih sedikit dari harga kitco. pengusaha2 emas mengikut harga mereka masing2, sebab itu kita dapat lihat harga yang berbeza2 diantara PG, OUB, Maybank, Dinarkel dan kedai emas seperti Habib, Poh Kong dll..
p/s: bro naem ada YM, add me shidan53
id ym is not valid la..
BalasPadam0pp... shidan53hashim
BalasPadam