Selasa, 19 Mei 2009

Menyimpan Dengan Dinar Emas

Mengapa anda harus menyimpan dengan Dinar Emas? Kerana nilai emas meningkat dari masa kesemasa, berbanding dengan ringgit yang nilainya menyusut akibat inflasi. Anda boleh menyimpan mengikut kemampuan anda, samada dengan 1/4dinar, 1/2dinar, 1dinar atau 2dinar sebulan. Mari kita lihat simpanan dengan Dinar Emas Kelantan.


1/4dinar (RM126.70) x 12 bulan = 4dinar (RM1,520.40) setahun

1/2dinar (RM240.30) x 12 bulan = 6dinar (RM2,883.50) setahun

1dinar (RM468.70) x 12 bulan = 12dinar (RM5,624.40) setahun


Jika anda menyimpan berterusan selama 10 tahun, dan diandaikan peningkatan harga sebanyak 15% setahun, bermakna kenaikan harga ialah sebanyak 150%.


4dinar x 10 tahun = 40dinar (RM15,204) x 150% = RM22,806 + RM15,204 = RM38,010

6dinar x 10 tahun = 60dinar (RM28,835) x 150% = RM43,252.50 + RM28,835 = RM72,087.50

12dinar x 10 tahun = 120dinar (RM56,244) x 150% = RM84,366 + RM56,244 = RM140,610


Pengiraan diatas berdasarkan kepada andaian. Berapa nilai sebenar dinar anda ketika itu? Biarlah rahsia…..


Statistic dari BNM seperti dibawah, menunjukkan peningkatan sebanyak RM2,267 dalam tempuh kurang dari 9 tahun bersamaan 209.52%, purata 23.28% setahun.


Harga Kijang Emas 1oz pada 18/07/2001 ialah RM1,082 / RM1,041

Harga Kijang Emas 1oz pada 15/05/2009 ialah RM3,457 / RM3,349


Pengiraan untuk 2dinar tidak ditunjukkan diatas. Ini adalah kerana stok 2dinar tidak terdapat di Cawangan Ar-Rahnu K.Lumpur, Kajang dan Rawang. Anda boleh juga menyimpan dengan Dinar Emas Public, tetapi saya memilih Dinar Emas Kelantan kerana spreadnya lebih rendah dari Dinar Emas Public. Perbandingan harga dan spread dibawah diambil pada 15 Mei 2009.


Dinar (DEK)

Selling

Buying

Spread

2 Dinar

924.40

884.40

40

1 Dinar

468.70

448.70

20

½ Dinar

240.30

230.30

10

¼ Dinar

126.70

121.70

5







Friday, May 15, 2009

Dinar Public (PG)

Selling

Buying

Spread

1 Dinar

469

441

28

5 Dinar

2333

2205

128

10 Dinar

4645

4413

232

Last updated 15/05/09 3:50 PM


Kebaikan Dinar Emas Kelantan:

- terdapat 4 doniminasi yang mana boleh dipilih mengikut kemampuan

- spread yang rendah – dapat memaksimakan keuntungan


Kelemahan Dinar Emas Kelantan:

- tidak banyak Cawangan Ar-Rahn diseluruh Malaysia

- setok selalu kehabisan, apabila harga rendah


Sebagai alternatif, anda bolehlah membeli Dinar Emas Public

2 ulasan:

  1. emas ni naek tgi klu ms recession mcm skg
    sb nye org yg pk investment nk ltk kn duit dorg kt tmpt plg selamat
    and they choose gold
    sb rmai sgt pilih nk beli emas. demand die naek
    so hrga pon naek
    btul ke?
    sy nk tgk price chart utk thun 1996-1998
    tp ktne ek nk tgk tuh?

    BalasPadam
  2. saya bersetuju dengan pandangan bro... naik turun emas bergantung kepada supply & demand... bila ekonomi down, investor akan beralih kepada emas dan begitulah sebaliknya...

    price chart tengok kat kitco.com...

    BalasPadam