Khamis, 14 Mei 2009

Dinar Pilihan Anda

Terdapat dua pengeluar di Malaysia. Permodalan Kelantan Berhad mengeluarkan Dinar Emas Kelantan dan Public Fine Gold mengeluarkan Dinar Emas Public. Diantara kedua-dua pengeluar ini yang mana satu menjadi pilihan anda. Sebagai pengumpul (collector) sudah tentu anda ingin memiliki kesemua item yang ada. Atau pun anda akan memilih corak (design) yang menarik. Bagi saya kedua-duanya mempunyai corak yang menarik.

Sebagai pelabur, memaksikan keuntungan adalah pilihan yang utama. Untuk itu harga harga belian / jualan / spread yang rendah diutamakan. Dibawah ini saya senaraikan perbezaan spread bagi Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas Public untuk pilihan anda.

Dinar Emas Kelantan

Selling

Buying

Spread

2 Dinar

924.40

884.40

40

1 Dinar

468.70

448.70

20

½ Dinar

240.30

230.30

10

¼ Dinar

126.70

121.70

5

Last updated 14/05/2009 09:30


Dinar Emas Public

Selling

Buying

Spread

1 Dinar

466

438

28

5 Dinar

2320

2192

128

10 Dinar

4620

4389

231

Last updated 14/05/2009 09:30


Disamping itu Syiling Emas juga menjadi pilihan peminat-peminat emas. Saya senaraikan dibawah ini perbezaan spread bagi Syiling Kijang Emas dan Syiling Maple Leaf. Syiling Maple Leaf, Autralian Nugget dan Singapore Lion boleh diperolihi dari OUB dengan harga belian dan jualan yang sama.


1oz Gold Coins

Selling

Buying

Spread

Maple Leaf (OUB)

3417

3332

85

Kijang Emas

3466

3356

110

Last updated 14/05/2009 09:30


Harga jualan dan belian diambil pada 14/05/2009 @ 9.30pm. Harga-harga ini akan berubah dari masa kesemasa mengikut pasaran emas antarabangsa yang mana dapat dilihat dari carta kitco, sekaligus spread juga akan berubah. Ini cuma sebagai contoh bagaimana untuk melihat spread.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan